13 Tinggalan Sejarah Warisan Kebangsaan Di Negeri Sembilan

Seperti negeri lain yang ada di negara kita, Negeri Sembilan juga punyai banyak tinggalan sejarah silam sejak abad ke 12 lagi. Ianya bermula dengan penghijrahan masyarakat Minangkabau di Rembau hinggalah kepada era pemerintahan British.

Mengikut maklumat yang disimpan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan sehingga 2014, terdapat sejumlah 258 tapak bersejarah dari seluruh Negeri Sembilan yang merangkumi rumah tradisional, bangunan lama dan kolonial, makam, monumen, masjid dan tapak tanah bersejarah dengan 13 daripadanya telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan.

Berikut adalah tinggalah sejarah yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan:

istana seri menanti

1. Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah

Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah adalah sebuah muzium lama yang terletak di Bandar Seri Menanti dan ia telah menempatkan banyak barangan bersejarah.

Apa yang paling menarik sekali tentang istana ini adalah ia terkenal dengan seni binaannya yang cukup unik. Hal ini adalah kerana ia tidak menggunakan sebatang paku untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiang, sebaliknya hanya menggunakan pasak sebagai pengganti.

takhta rencana negeri sembilan

2. Takhta Rencana di Muzium DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah

Takhta Rencana di Muzium DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah pula adalah merupakan sejenis kenderaan yang digunakan dalam Adat Istiadat yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Kenderaan ini akan digunakan dalam majlis-majlis rasmi penting yang berjalan di dalam Negeri Sembilan seperti Majlis Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

kompleks kraf negeri sembilan

3. Bekas Bangunan Kompleks Kraf Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban

Bekas Bangunan Kompleks Kraf Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban yang terletak di bahagian belakang bekas bangunan lama Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dijadikan sebagai Kompleks Kraf Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke Kuala Pilah.

batu hidup di tampin

4. Batu-batu hidup (Nisan Tinggi) di Tampin atau dikenali sebagai batu hidaup atau batu megalit

Batu-batu hidup (Nisan Tinggi) di Tampin atau dikenali sebagai batu hidaup atau batu megalit banyak terdapat di kawasan perkuburan. Ia juga turut ditemui di daerah di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Walaubagimanapun, megalit paling tinggi yang pernah ditemui terletak di Kampung Repah, Tampin. Dikatakan, ia boleh bersinar apabila terkena suluhan pada waktu malam.

muzium lukut

5. Kota Lukut, Port Dickson.

Kota Lukut ialah sebuah kota yang ada di pekan Lukut, Negeri Sembilan. Ia telah dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada tahun 1847 sewaktu kawasan tersebut dibawah pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857).

Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai Bukit Raja. Di Kota Lukut, Port Dickson terletaknya sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan sejarah adat orang Negeri Sembilan. Senibina bangunan di sini dipengaruhi dengan budaya orang Bugis.

Terdapat 4 galeri utama di Muzium Lukut iaitu Galeri Negeri Sembilan Beradat, Galeri Teknologi Pembuatan, Galeri Nassau dan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut.

makam moyang salleh

6. Makam Moyang Salleh Kuala Klawang, Jelebu.

Makam Moyang Salleh Kuala Klawang, Jelebu adalah makam kepada Almarhum Datuk Moyang Salleh yang juga Undang Luak Jelebu yang pertama. Ia dipercayai hidup di sekitar awal abad ke 18 dan merupakan anakanda kepada Datuk Mentunggang serta cucunda Datuk Moyang Aceh.

Almarhum terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya. Beliau juga merupakan tokoh yang memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor melalui peristiwa memutuskan tali ke Johor yang berlaku sekitar tahun 1725.

masjid jamek jalan dato bandar tunggal

7. Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Seremban

Masjid Jamek di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Seremban dibina pada tahun 1924 dan ia adalah merupakan antara masjid tertua yang ada di dalam Negeri Sembilan.

Mengikut catatan sejarah, tapak masjid tersebut telah diwakafkan oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang dikatakan antara pendakwah terkenal ketika itu.

Masjid Jamek ini juga adalah merupakan satu-satunya masjid di negeri sembilan yang struktur binaannya hampir sama dengan yang terdapat di Melaka.

rumah negeri sembilan

8. Model rumah Melayu Negeri Sembilan di Kompleks Taman Seni Budaya

Model rumah Melayu Negeri Sembilan di Kompleks Taman Seni Budaya juga dikenali sebagai Rumah Minang atau Rumah Negeri Sembilan. Ia adalah merupakan replika asal rumah tradisional minangkabau Negeri Sembilan yang terletak berhampiran dengan Muzium Negeri.

muzium negeri sembilan

9. Muzium Negeri, Seremban

Muzium Negeri, Seremban merupakan bangunan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya. Binaan bangunan ini bercirikan seni bina Minangkabau dan mempamerkan berbagai artifak sejarah Negeri Sembilan.

sekolah menengah king george v KGV

10. Sekolah Menengah King George V di Jalan Dato’ AS Dawood, Seremban.

Sekolah ini asalnya merupakan Sekolah Kerajaan Inggeris (Government English School/GES) yang ditubuhkan pada tarikh 15 Januari 1923 bertempat di sebuah bangunan stor kereta api Sungai Ujong yang kemudiannya dikenali sebagai KGV. Ia merupakan antara sekolah elit yang terdapat di Negeri Sembilan.

bangunan lama sekolah rendah kebangsaan ampangan

11. Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan (bangunan blok lama) di Jalan Kuala Pilah

Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan (bangunan blok lama) di Jalan Kuala Pilah, Seremban. Bangunan lama Sekolah Kebangsaan Ampangan ini sama dengan bangunan lama yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Terachi sekarang.

Semasa pendudukan Jepun di tanah Melayu, bangunan sekolah ini telah dijadikan Sekolah Bahasa Jepun.

istana lama ampangan tinggi

12. Istana Lama Ampang Tinggi, Kompleks Taman Seni Seni Budaya.

Istana Lama Ampang Tinggi, Kompleks Taman Seni Seni Budaya. Ia adalah sebahagian daripada Kompleks Muzium Negeri dan merupakan sebuah istana lama yang berusia lebih satu dekad. Senibina istana ini dipengaruhi dengan budaya Minangkabau.

keramat sungai udang

13. Keramat Sungai Udang, Port Dickson.

Keramat Sungai Udang, Port Dickson. Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pangkalan Kempas.

Syeikh Ahmad Majnun seorang pendakwah yang menyebarkan syiar islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dianggap antara Makam Islam yang paling tua di Malaysia.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

7 + = 11