Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V juga dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra, diputerakan pada 6 Oktober 1969 ialah Yang di-Pertuan Agong ke 15.

Baginda juga adalah merupakan Sultan Kelantan ke 29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra dan merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelumnya.

Baginda Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan ke 29) diputerakan di Istana Batu yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Baginda telah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur.

Baginda berangkat ke England untuk menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989 dan seterusnya Baginda melanjutkan pengajian di Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik sehingga tamat pengajian pada tahun 1991.

Agong Pertama Yang Pernah Meletak Jawatan

Pada tarikh 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara.

Pemasyhuran tersebut berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 15 pada tarikh 24 April 2017 ketika usia 47.

Agong Pertama Yang Pernah Meletak Jawatan

Hari ini dalam sejarah pada tarikh 6 Januari 2019. Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia telah meletakkan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan secara tidak langsung telah tercipta sejarah dalam negara Malaysia dimana baginda adalah merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang pernah meletak jawatan.

Agong Pertama Yang Pernah Meletak Jawatan

“Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.”

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.”

“Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.”

“KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.”

“Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.”

“Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.”

Agong Pertama Yang Pernah Meletak Jawatan

Patik menjunjung kasih atas khidmat Tuanku memayungi rakyat Malaysia dan terima kasih kepada rakyat Kelantan kerana sudi meminjamkan Sultan anda sebagai Ketua Negara Malaysia. Semoga Tuanku sentiasa sihat sejahtera bertakhta buat Kerajaan Kelantan Darul Naim.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 53 = 58