Aishah Ghani, Senator Wanita Pertama Malaysia

Aishah Ghani telah dilahirkan di Kampung Sungai Serai yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor.

Pada peringkat menengah pula, Aishah Ghani bersekolah di Diniyah Puteri, Padang Panjang yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia sejak dari tahun 1936 hingga tahun 1939.

Pada tahun 1940 hingga 1943, beliau telah menyertai Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat dan kemudian telah pergi ke London dalam bulan April 1955.

Sehubungan dengan itu, Aishah Ghani telah memperoleh ijazah kewartawanan dari Politeknik Regent Street di London dalam bulan Disember 1958.

Aishah Ghani, Senator Wanita Pertama Malaysia

Kisahnya penglibatan Aishah Ghani dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan dalam tahun 1945.

Beliau bermula denhan menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM.

Aishah Ghani, Senator Wanita Pertama Malaysia

Kemudian Aishah Ghani telah keluar daripada AWAS dalam tahun 1946 dan menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada bulan Mac 1946. Beliau mula menyertai UMNO Kampung Baru dalam tahun 1949 dan telah dilantik menjadi sebagai setiausaha.

Pada tahun 1963, Aishah Ghani telah dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib Ketua Wanita UMNO. Pada tarikh 13 September 1962, beliau telah dilantik untuk menjadi sebagai Senator dan ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hal yang demikian telah menyebabkan Aishah Ghani adalah seorang tokoh wanita kerana beliau adalah wanita yang pertama di Malaysia menjadi senator serta wakil wanita Malaysia yang pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Aishah Ghani, Senator Wanita Pertama Malaysia

Sejak dari tahun 1967 hingga tahun 1972, Aishah Ghani mewakili Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau juga menyandang jawatan Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor antara tahun 1960 hingga tahun 1972.

Dalam tahun 1972, Aishah Ghani telah dipilih menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, satu pertubuhan yang beliau mengetuai selama 12 tahun sehingga 1984.

Aishah Ghani, Senator Wanita Pertama Malaysia

Pada tarikh 1 Mac 1973, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat selepas persaraan Tun Tan Sri Dr. Fatimah dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmatnya pada tahun 1984.

Aishah Ghani telah meninggal dunia pada tarikh 19 April 2013 sewaktu berumur 90 tahun dan beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here