Asal Usul Dan Kisah Pulau Pemanggil Di Johor

Pulau Pemanggil adalah merupakan salah satu antara pulau yang ada di dalam negeri Johor dan ianya terletak di daerah Mersing. Pulau Pemanggil ini sering menjadi lokasi tumpuan percutian buat pelancong tempatan dan luar negara.

Buat penduduk setempat, Pulau Pemanggil ini dikatakan punyai cerita dan kisahnya tersendiri yang berlaku beratus-ratus tahun yang lalu. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Pulau Pemanggil ini dahulunya adalah merupakan sebuah pulau yang langsung tidak berpenghuni dan kemudian dikatakan didatangi oleh satu kumpulan keluarga kecil dan terus menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal mereka.

pulau pemanggil

Kesahihan kisah ini yang rata-rata diperturunkan secara lisan tidak dari satu generasi kepada satu generasi baru tidak dapat dikenalpasti kebenarannya. Pulau Pemanggil ini dikatakan dibuka oleh seorang ketua keluarga yang bernama Abdul Rahman Bin Jumaat berasal daripada Riau, Indonesia dengan meninggalkan tanah airnya yang ketika itu dipimpin oleh pemerintah yang kejam. Abdul Rahman Bin Jumaat ini juga adalah merupakan salah seorang abang daripada lima orang adik beradik yang lain.

Sebelum berhijrah ke Pulau Pemanggil, Abdul Rahman Bin Jumaat telah menyuarakan hasratnya kepada kelima-lima adik beradiknya serta isteri dan anak-anaknya. Hasratnya itu pada mulanya disambut baik oleh semua pihak iaitu adik beradiknya dan isteri serta anak-anaknya.

Pada asalnya, dia sendiri tidak tahu kemana arah ingin dituju lantas kemudian pada satu malam, Abdul Rahman Bin Jumaat ini mendapat satu mimpi tentang seorang nenek tua yang kemudiannya menyuruh mereka berlayar menuju ke arah matahari terbenam. Setelah terjaga, beliau telah memanggil keseluruhan keluarga dan adik-beradiknya.

pulau pemanggil

Setelah diceritakan tentang mimpinya itu tadi, malang sekali adik-beradiknya kemudian bersepakat untuk tidak mengikutinya dan ketika itu hanya isteri serta anak-anaknya sahaja yang bersetuju untuk belayar bersama-sama dengan Abdul Rahman Bin Jumaat.

Setelah belayar selama lebih dua bulan, mereka akhirnya telah sampai ke pulau yang kecil seakan-akan berbentuk buah kelapa. Apabila sampainya mereka di pulau tersebut, Abdul Rahman Bin Jumaat telah berjumpa dengan seorang nenek tua yang diberi gelaran Tok Mok dan Tok Mok ini adalah merupakan ketua di pulau tersebut, iaitu Pulau Tioman.

pulau pemanggil

Nenek tua tersebut menyatakan bahawa pulau-pulau yang berhampiran juga sudah berpenghuni kerana, Abdul Rahman berhajat ingin mendiami pulau yang masih tiada penghuni lagi.

Setelah semalaman bermalam di Pulau Tioman, mereka sekeluarga teruskan belayar untuk mencari pulau yang tidak berpenghuni. Dalam perjalanan mencari pulau tersebut, mereka telah melalui sebuah pulau kecil ketika beliau menghampiri pulau berkenaan, kedengaran seakan-akan bunyi gong yang memanggil mereka sekeluarga untuk menghampiri pulau kecil itu. Lantas dengan nekad Abdul Rahman Bin Jumaat pergi berlabuh ke pulau berkenaan dan mendapati pulau tersebut tidak berpenghuni.

pulau pemanggil

Pada malam hari setelah mereka berlabuh, sekali lagi Abdul Rahman Bin Jumaat bermimpi bertemu dengan nenek yang sama sewaktu dalam mimpi pertamanya dahulu. Dalam mimpinya itu, nenek tua tersebut memberi kebenaran untuk tinggal di Pulau Pemanggil dengan dua syarat.

Syarat yang pertama, pulau tersebut tidak boleh didiami oleh bangsa asing dan syarat kedua, Abdul Rahman Bin Jumaat diminta untuk melakukan upecara pemujaan kepada nenek tersebut.

Pulau ini diberi nama sebagai Pulau Pemanggil kerana pulau tersebut dikatakan mempunyai satu bunyi yang seakan-akan bunyi gong dan sekiranya didengari oleh mereka yang dikehendaki, akan timbul satu perasaan yang memanggil dan akan dirasai oleh individu berkenaan.

Ianya seolah-olah pulau tersebut sedang memanggil mereka untuk berkunjung ke pulau berkenaan dan disebabkan itu pulau itu diberi nama Pulau Pemanggil.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here