Asal-Usul Dan Sejarah Jasin, Melaka

Jasin adalah merupakan salah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Melaka. Pada awalnya, Jasin ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Kemudian, ia telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin pada tarikh 1 Julai 1978. Pada tarikh 1 Januari 2007 pula, ia telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Jasin.

Daerah Jasin ini terbahagi kepada 20 mukim iaitu Ayer Panas, Batang Melaka, Bukit Senggeh, Chabau (Asahan), Chin-Chin, Chohong, Jasin, Jus, Kesang, Merlimau, Nyalas, Rim, Sebatu, Selandar, Sempang, Semujok, Serkam, Sungai Rambai, Tebong, dan Umbai.

Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 iaitu di kawasan Kesang Pajak yang mengikut aliran sungai. Bagaimanapun sebuah tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil.

Asal-Usul Dan Sejarah Jasin, Melaka

Seorang pendatang berketurunan Bugis bernama Mat Yasin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau telah mendapat kerjasama pihak Inggeris dan kawasan itu dipanggil Jasin kerana mengikut sebutan loghat orang Inggeris bercakap melayu bersempena dengan nama Yasin.

Sejak itu bandar Jasin mula berkembang maju mengikut peredaran zaman. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Malaysia Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan Penguasa-penguasa Tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Asal-Usul Dan Sejarah Jasin, Melaka

Salah satu dokumen yang wujud menceritakan mengenai Jasin ialah Hikayat Hang Tuah. Di dalam hikayat tersebut ada menceritakan bahawa Hang Tuah telah difitnah oleh orang lalu beliau dikenakan hukuman bunuh.

Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut. Bendahara Tun Perak telah mengetahui dari awal bahawa Hang Tuah tidak bersalah dan hukuman itu tidak dilaksanakan sebaliknya Bendahara menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka iaitu Hulu Duyung.

Di sinilah beliau tinggal bersama-sama dengan seorang pendita sehingga beliau dibawa balik ke Melaka untuk menentang Hang Jebat. Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Jasin iaitu di sekitar Gapam, Bemban.

Kemungkinan terdapat sebuah perkampungan kecil di situ yang wujud suatu waktu dahulu. Oleh kerana hanya Hulu Melaka sahaja yang terdapat di dalam dokumen lama, dapat dibuat kesimpulan bahawa kampung ini merupakan sebuah kampung yang tertua yang pernah wujud di daerah ini.

Asal-Usul Dan Sejarah Jasin, Melaka

Satu peristiwa bersejarah yang terdapat di dalam Sejarah Melayu dan juga hikayat Hang Tuah ialah peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang. Peristiwa peminangan tersebut diketuai oleh Tun Mamat.

Tun Mamat berjaya sampai ke puncak gunung dan bertemu dengan puteri tersebut. Mengikut tradisi lisan, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin.

Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya iaitu di Rim. Sepanjang perjalanan mereka itu, tidak dinyatakan bahawa mereka bertembung dengan mana-mana perkampungan orang.

Oleh itu dapat diyakinkan bahawa kawasan Jasin pada suatu masa dahulu dipenuhi dengan hutan belantara. Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan telaga tersebut digelar Telaga Tun Mamat. Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin. Malangnya, telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek Padang Bola Rim.

Asal-Usul Dan Sejarah Jasin, Melaka

Terdapat juga Makam Tun Teja yang terletak di Merlimau dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang (Inderapura).

Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah yang memerintah negeri Melaka pada tahun 1458 hingga tahun 1511. Apabila Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511, baginda telah berundur ke Bentayan (Muar).

Semasa pengunduran inilah Tun Teja yang pada ketika itu dikatakan sedang gering dan akhirnya mangkat. Jenazahnya dipercayai dimakamkan di sini dengan penuh adat istiadat.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 22 = 30