Asal Usul Nama Rembau, Negeri Sembilan

Bila sebut sahaja Rembau, sudah pasti di ingatan akan datang lagu Rembau Most Wanted nyanyian Waris. Tidak dilupakan juga Khairy Jamaludin seorang pemimpin yang berasal dari Rembau.

Rembau adalah merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ada banyak tersimpan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Jangan anda tidak tahu bahawa Rembau ini sebenarnya adalah lokasi tempat berkumpulnya orang-orang Minangkabau sewaktu bermigrasi ke tanah melayu.

Nama Rembau ini kisahnya diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Ceritanya bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang.

peta rembau

Pokok Merbau tersebut tumbuh di kaki Gunung Datuk. Gunung Datuk di Rembau ini banyak menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu aktiviti mendaki gunung.

Jadi berbalik kepada cerita nama Rembau itu tadi. Segalanya bermula dari peristiwa sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Sekudai sewaktu hendak membuat penempatan baru di kaki Gunung Datuk.

Semasa mereka sedang sibuk membuat kerja menebas dan menebang untuk membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang yang dikenali dengan nama Pokok Merbau.

pokok merbau

Oleh kerana pokok Merbau tersebut sangat besar dan tinggi, ia menimbulkan keresahan buat mereka yang ingin buat penempatan disana kerana risau ia tumbang di masa akan datang lantas akan membahayakan keselamatan mereka.

Setelah bebincang, akhirnya mereka sebulat suara membuat keputusan untuk menebang pokok Merbau tersebut. Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilir-gilir dengan menggunakan kapak dan beliung.

Siang dan malam selama tujuh hari tujuh malam mereka berkerja keras untuk menebang pokok Merbau tersebut tetapi apa yang menghairankan mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu tumbang.

Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk menumbangkan pokok Merbau itu, akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang bomoh yang paling handal di kalangan mereka.

Setelah bomoh tersebut melihat keadaan pokok Merbau yang ingin ditebang, maka bomoh itu menyuruh orang-orang asli ini mendaki gunung Datuk sehingga sampai ke kemuncak. Kemudian mereka hendaklah meminta izin dari penunggu gunung tersebut untuk menebang pokok Merbau tua itu.

panaroma gunung datuk

Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datuk dengan membawa pelbagai persembahan untuk diberikan kepada penunggu yang dipercayai berada di puncak gunung Datuk.

Setelah sampai dipuncak gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu gunung itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang tumbuh di kaki gunung Datuk.

Setelah selesai, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan pada malamnya pula turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Pada keesokan paginya, mereka beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing menuju ke pokok Merbau tua itu untuk meneruskan kerja-kerja menebang.

peta rembau

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat pokok Merbau tua yang amat besar dan tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi. Mereka amat hairan melihat pangkal pokok yang begitu besar dan untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu. Khabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok Merbau yang ditebang itu.

peta rembau

Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya menumbangkan pokok yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka menyusuri batang pokok itu untuk mencari pucuknya.

Khabarnya lagi pucuk pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebatang sungai dan akhirnya sungai itu dinamakan sebagai Sungai Ujung. Kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau Tua. Untuk meringkaskan sebutan, mereka sebut Kampung Merbau sahaja dan lama-kelamaan disebut menjadi Rembau sahaja.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here