Asal Usul Nama Wang Kelian Di Perlis

Wang Kelian, nama yang tidak asing lagi buat penduduk di Malaysia yang suka membeli-belah di kawasan sepadan. Ia adalah merupakan sebuah perkampungan Melayu yang terletak paling ke utara di di Semenanjung Malaysia.

Kawasan Wang Kelian terletak bersempadan dengan negara Thailand dan dikelilingi bukit-bukau. Oleh yang demikian perkampungan ini menjadi begitu agak terasing dari kawasan lain.

Di Wang Kelian juga terdapat kawasan yang dinamakan sebagai Wang Burma dan Wang Tangga. Wang Burma terletak berhampiran dengan Pos Imigresen Wang Kelian manakala Wang Burma pula telah diistiharkan sebagai sebahagian dari Taman Negeri oleh Kerajaan negeri Perlis.

Kawasan Wang Burma ini agak bebukit dan apa yang menariknya, terdapat kawasan perkelahan dan terowong-terowong gua yang menarik seperti Gua Wang Burma untuk aktiviti riadah orang ramai.

Asal Usul Nama Wang Kelian Di Perlis

Wang Tangga pula terletak di pintu Gua Kelam di sebelah Wang Kelian dan ia adalah merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada masa dahulu. Selain aktiviti melombong bijih timah, terdapat juga kebun getah dan dusun buah-buahan.

Untuk sampai ke kawasan Wang Tangga, pengunjung harus melalui Gua Kelam yang menjadi laluan utama dan penghubung kawasan Kaki Bukit dengan Wang Tangga.

Asal Usul Nama Wang Kelian Di Perlis

Laluan Gua Kelam ini dahulunya digunakan sebagai untuk mengangkut bijih timah yang telah dilombong. Kini apa yang ada di Wang Tangga adalah Kem Bina Negara.

Asal Usul Nama Wang Kelian Di Perlis

Pasti ramai diantara anda yang tertannya-tanya bagaimana nama Wang Kelian ini dinamakan sempena nama kawasan tersebut. Dikatakan terdapat dua jenis versi cerita berkenaan dengan hal ini.

Cerita versi pertama mengisahkan tentang perkampungan Wang Kelian yang telah dibuka oleh Tuk Putih, Penghulu Ali dan beberapa orang pengikutnya kira-kira pada awal abad ke 19.

Tuk Putih dan pengikutnya ini dikatakan berasal dari Langkat, Sumatera dan mereka telah berhijrah ke sini kerana melarikan diri dari keadaan huru-hara dan ketakutan yang dilakukan pemerintahan Belanda dalam melaksanakan pemerintahannya di Sumatera.

Hal tersebut telah mengakibatkan ramai pihak memusuhi Belanda dan terpaksa meninggalkan Indonesia dengan melarikan diri ke Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu.

Tuk Putih dan pengikut-pengikutnya juga tidak ketinggalan turut keluar berhijrah dan akhirnya tiba di Perlis. Setibanya mereka di Perlis, mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah tiba di Kaki Bukit.

Gua Kelam 1

Dari situ mereka mendaki Bukit Wang Tangga dan meneruskan perjalanan ke sebuah kawasan sesuai untuk dibina penempatan. Tuk Putih selaku ketua kemudian bertenung dan bertilik dan akhirnya dalam firasat beliau kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan tempat tinggal kerana tanahnya subur dan terasing dari perkampungan lain. Nama Wang Kelian dilhamkan sendiri oleh Tuk Putih.

Dikatakan perkataan “Wang” diambil berdasarkan keadaan tempat itu yang dikelilingi oleh bukit-bukau dan perkataan “Kalian” pula diambil dari loghat Indonesia yang membawa maksud anda semua.

Dalam versi cerita yang kedua pula, ada yang menceritakan bahawa kawasan Wang Kelian ini dibuka oleh orang tempatan. Mereka datang membuka penempatan di sana untuk melombong bijih timah yang dipercayai banyak tersimpan di dalam tanah dikawasan berkenaan.

Mereka telah menjalankan usaha cari gali bijih timah secara kecil-kecilan. Namun setelah banyak lubang digali, pencarian bijih timah tidak juga ditemui.

Sewaktu kawasan tersebut masih tidak bernama, maka mereka menamakannya sebagai “Wang Galian” sehinggakan nama kawasan tersebut bertukar menjadi nama Wang Kelian.

Asal Usul Nama Wang Kelian Di Perlis

Kedua-dua versi cerita ini mempunyai ciri munasabah masing-masing dan ketentuan kesahihan asa-usul nama Wang Kelian ini hanya berdasarkan cerita yang diperolehi secara lisan daripada cucu-cicit generasi awal yang dipercayai sebagai peneroka Wang ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

1 + 7 =