Bagaimana Sistem Pemerintahan Cara Kabinet Bermula Di Malaysia

Pada tarikh 9 April 1951, satu percubaan untuk berkerajaan sendiri telah dimulakan di Persekutuan Tanah Melayu dan itulah bermulanya sistem pemerintahan secara kabinet dengan melibatkan seramai 6 orang ahli tidak rasmi.

Seramai 6 orang ahli tidak rasmi dari perkhidmatan awam telah dilantik untuk mengetuai urusan pentadbiran dalam beberapa buah jabatan kerajaan bertaraf kementerian.

Mereka ini adalah individu penting yang turut sama bertanggungjawab dalam menggubal dasar-dasar kerajaan. Perlantikan ini telah mewujudkan satu sistem pemerintahan secara kabinet yang dipanggil Sistem Ahli.

Mereka yang berada dalam senarai 6 orang ahli tidak rasmi yang telah dilantik itu adalah seperti yang berikut:

  • Dato Onn Jaafar – Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Dr Lee Tiang Keng – Kesihatan
  • Datuk E. E. C. Thuraisingam – Pelajaran
  • Mr. J.D. Mead – Kerjaraya dan Perumahan
  • Datuk Mahmud Bin Mat – Tanah dan Galian serta Pengangkutan
  • Tengku Yaakub (Raja Muda Kedah) – Pertanian dan Perhutanan

Mereka yang tersenarai diatas sebagai ahli tidak rasmi akan bekerjasama dengan 5 orang ahli rasmi dari perkhidmatan awam. Mereka yang berada dalam senarai ahli rasmi adalah seperti berikut:

  • Mr R. T. Bingham – Setiausaha Hal Ehwal Orang-Orang Cina
  • Mr D. C. Watherston – Setiausaha Pertahanan
  • Mr O. A. Spencer – Hal Ehwal Ekonomi
  • Mr E. B. David – Perhubungan Perusahaan dan Sosial
  • Mr J. O. Sanders – Keretapi dan Pelabuhan

Mr P. O. Wickens adalah merupakan seorang pegawai perkhidmatan awam yang memegang jawatan sebagai penolong setiausaha di Ibu Pejabat Polis Persekutuan dan kemudian dilantik sebagai setiausaha kerajaan yang merupakan jawatan yang baru diwujudkan.

Bagaimana Sistem Pemerintahan Cara Kabinet Bermula Di Malaysia

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa perlantikan pegawai-pegawai tetap sebagai setiausaha-setiausaha kepada ahli-ahli yang telah dinyatakan. Mereka adalah seperti yang berikut:

  • Mr J. P. Hannyington – Setiausaha kepada Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
  • Mr A. J. D. C. Loch – Setiausaha kepada Ahli Pertanian dan Perhutanan
  • Mr T. E. Hughes – Setiausaha kepada Ahli Kesihatan
  • Mr L. H. N. Davis – Setiausaha kepada Ahli Pelajaran
  • Mr F. M. Smith – Setiausaha kepada Ahli Tanah dan Galian serta Pengangkutan
  • Mr P. C. Bayrne – Setiausaha kepada Ahli Kerjaraya dan Perumahan

Dibawah sistem ahli ini, urusan pentadbiran tidak lagi berpusat di bawah kuasa Ketua Setiausaha. Tugas-tugas Ketua Setiausaha telah bertukar daripada Ketua Pentadbir kepada penyelaras kementerian yang setanding dengan Perdana Menteri.

Demikian juga Sistem Ahli ini melibatkan penyemakan semula peranan Pesuruhjaya Tinggi. Apabila tanggungjawab mengenai dasar Kerajaan yang semakin bertambah dipikul oleh ahli-ahli yang berportfolio, kedudukan Pesuruhjaya Tinggi sebagai pegawai yang mempengerusikan Majlis Perundangan nampak ganjil dan bertentangan dengan hasrat untuk menuju ke matlamat kerajaan berpalimen.

Akhirnya dalam bulan September 1953 iaitu dalam 18 bulan setelah penubuhan rasmi Sistem Ahli, Pesuruhjaya Tinggi bersara dari jawatan Pengerusi Majlis Perundangan dan digantikan dengan seorang speaker yang punyai peranan yang sama dengan speaker Dewan Rakyat.

Dengan adanya Sistem Ahli ini, pemindahan tanggungjawab untuk mengendalikan sebuah kerajaan bersendiri dapat dilakukan. Ia juga memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik untuk memahami dan menyedari kerumitan yang dihadapi oleh sebuah kerajaan yang merdeka.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here