Bangunan Balai Zahrah Yang Kian Usang

Bangunan Balai Zahrah atau dikenali sebagai Balai Cengkih terletak di Bukit Zahrah iaitu di kawasan Taman Bunga Diraja Johor Bahru dan ia dipanggil dengan nama Balai Cengkih kerana rekaannya yang mempunyai empat cabang yang menggambarkan empat kelopak bunga cengkih.

Almarhum Sultan Abu Bakar menamakan kawasan itu sebagai Bukit Zahrah bersempena dengan nama anak saudaranya iaitu Tengku Zahrah. Ketika itu Sultan Abu Bakar bersemayam di Istana Zahrah yang terletak berhadapan dengan Balai Cengkih. Walaubagaimanapun Istana Zahrah kini telah tiada.

Di Balai Zahrah, pernah terjadi beberapa peristiwa bersejarah. Antaranya ialah istiadat khas untuk melantik Tunku Mahkota Ibrahim sebagai Sultan Johor pada 7 September 1895 bagi menggantikan Almarhum Sultan Abu Bakar yang telah mangkat.

zahrah 1

Pada hari yang sama, putera sulung DYMM Sultan Ibrahim iaitu DYAM Tunku Ismail telah dilantik sebagai waris takhta kerajaan Johor dengan gelaran Tunku Mahkota Johor. Ketika itu, DYAM Tunku Ismail baru berusia 11 bulan dan dikatakan sebagai pewaris takhta termuda di dunia.

Di samping itu, Balai Zahrah juga merupakan tempat berlangsungnya adat bersanding dan jamuan bagi majlis perkahwinan Tunku Mahkota Ibrahim dengan Tengku Ampuan Maimunah binti Ungku Abdul Majid pada 5 Oktober 1892.

zahrah 2

Balai Zahrah banyak digunakan untuk tujuan adat istiadat Diraja seperti pelantikan, perkahwinan dan majlis doa kesyukuran. Balai Zahrah kemudiannya digunakan untuk kegunaan orang ramai.

Antaranya dijadikan sebagai Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris Bukit Zahrah School (BZS) dan Sekolah Agama pada sebelah petang. Selain itu, pada tahun 1917 Balai Zahrah juga telah dijadikan sebagai Mahkamah Tinggi Johor.

Walaupun telah banyak berjasa, bangunan Balai Zahrah kini sudah lama ditinggalkan dan tidak digunakan lagi sehingga ianya semakin usang ditelan zaman.

zahrah 3

Semoga ada usaha dari pihak-pihak berwajib untuk memulihara bangunan bersejarah ini supaya ianya tidak hilang begitu sahaja seiring dengan peredaran masa dan sejarahnya dapat dihargai serta menjadi kebanggaan Bangsa Johor.

Sumber Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor – Jauhar Jurnal Sejarah Johor

Perhatian : Artikel perlu dikemaskini (4 Mac 2019) rujuk diskusi di facebook
zahrah 3

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here