Bendera-Bendera Rasmi Di Perlis

Setiap negeri pasti punyai bendera rasmi yang secara tidak langsung itulah identiti pertama yang dipertonjolkan untuk memperlihatkan kekuasaan di kawasannya.

Selain bendera rasmi negeri, bendera-bendera Di Raja juga wujud untuk membezakan gelaran-gelaran yang disandang oleh pemerintah dan kerabat dalam kerajaan negeri yang berdaulat.

Selain bendera negeri, negeri Perlis juga mempunyai beberapa bendera rasmi yang digunakan oleh kerabat Di Raja yang biasanya dipamerkan pada tempat bersemayam atau kenderaan yang digunakan.

bendera raja

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis

Bendera ini mempunyai latar belakang berwarna kuning. Lingkaran padi dan perisai pula berwarna hijau. Bulatan padi dan perkataan Perlis ditulis dalam tulisan jawi berwarna kuning. Bendera ini digunakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis untuk tempat bersemayam dan motokar baginda.

bendera raja perempuan

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis

Lingkaran padi dan perisai berwarna kuning. Bulatan padi dan huruf Perlis dalam tulisan jawi berwarna hijau di atas latar belakang biru di penjuru atas sebelah kiri bendera berwarna yang kuning. Bendera ini digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis untuk tempat bersemayam dan motokar baginda.

pemangku raja

Bendera Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja

Latar belakang bendera ini berwarna biru. Lingkaran padi dan perisai pula berwarna kuning. Bulatan padi dan huruf Perlis dalam tulisan jawi berwarna HIJAU. Bendera ini digunakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis pada kediaman dan motokar baginda.

raja muda

Bendera Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda

Lingkaran padi dan perisai berwarna kuning. Bulatan padi dan huruf Perlis dalam tulisan jawi pula berwarna hijau diatas perisai kuning di tengah bendera berwarna hijau.

Tulisan DYTM Raja Muda Perlis berada di bawah lingkaran padi dan perisai. Warna bendera negeri melintang di bahagian bawah bendera ini. Bendera ini digunakan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada kediaman dan motokar baginda.

bendera perlis

Bendera Rasmi Negeri Perlis

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru.

Di Alam Melayu, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu DYMM Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata.

Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara Raja dengan Rakyat. Bendera Negeri ini juga digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan Wakil-wakil Negeri di tempat kediaman dan motokar mereka.

Jata perlis

Jata Rasmi Negeri Perlis

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

2 + 3 =