Cadangan Meletakkan Seri Menanti, Ulu Muar, Jempol Di Bawah Naungan British

Pada tarikh 13 April 1876, satu cadangan telah diusul untuk meletakkan daerah Seri Menanti, Ulu Muar dan Jempul di bawah naungan kerajaan British telah dikemukakan oleh Sir F.W. Jervois.

Sir F.W. Jervois adalah merupakan seorang Gabenor Negeri-Negeri Selat dan cadangan tersebut telah dibuat dengan bertujuan untuk melantik seorang penghulu (Malay Captain) yang disenangi oleh Inggeris dan disokong oleh kebanyakan Suku.

Dalam masa yang sama, seorang wakil dari British akan dilantik bagi ketiga-tiga daerah tersebut bagi untuk meyakinkan penduduk di sana bahawa Kerajaan British sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Ini adalah ikutan daripada perebutan kuasa di antara Tuanku Antah (anakanda kepada Yamtuan Radin) untuk jawatan Yang di-Pertuan Besar atau nama ringkasnya adalah Yamtuan Besar.

Cadangan Meletakkan Seri Menanti, Ulu Muar, Jempol Di Bawah Naungan British

Telegraf cadangan oleh Gabenor William ke London

Ketiga-tiga daerah ini dibawah kuasa Tuanku Ahmad Tunggal yang mana amat disenangi oleh Inggeris dan mendapat sokongan 10 daripada 12 suku di Seri Menanti dan juga amat berpengaruh di Jelebu dan Jale.

Bagaimanapun, Tuanku Ahmad Tunggal tidak diangkat oleh Datuk-dauk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana sebagai pengganti ayahandanya (Tuanku Imam) yang baru mangkat kerana tidak suka dengan kelakuannya.

Kedudukan Tuanku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan Seri Menanti dicabar oleh sepupunya Tuanku Antah yang merupakan anakanda kepada Yamtuan Radin yang diangkat oleh orang-orang besar dan segolongan anak-anak raja sebagai Yamtuan pada tahun 1872.

Tuanku Antah dan pasukannya yang dikatakan telah menyebabkan kekacauan di Sungai Ujung telah melarikan diri dari buruan British dan Datuk Kelana yang menyokong Tuanku Ahmad Tunggal.

Setelah Tuanku Antah lari meninggalkan Seri Menanti, maka Dato Kelana Sungai Ujung, Dato Rembau dan Dato Jelebu mengisytiharkan diri mereka sebagai penghulu-penghulu yang bebas dalam Luak atau daerah masing-masing.

Pada tarikh 5 Jun 1876, Tuanku Antah telah sampai ke Johor dan menghadap Sultan Johor. Keesokan harinya, beliau telah pergi ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Frederick Aloysuis Weld.

Dalam pertemuan itu, Tuanku Antah telah menyatakan persetujuannya untuk bersahabat dengan Kerajaan British dan membantu pihak British untuk memujuk Dato Muar, Dato Jempol, Dato Terachi, Dato Gunung Pasir, Dato Inas dan Baginda Tan Mas untuk menyerah diri atas menjadi punca terhadap kekacauan Sungai Ujung.

Cadangan Meletakkan Seri Menanti, Ulu Muar, Jempol Di Bawah Naungan British

Tuanku Antah

Dalam pertemuan itu juga, Tuanku Antah meminta British supaya tidak campur tangan jika beliau ingin berperang semula dengan Dato Kelana Syed Abdul Rahman (Syed Aman) untuk mengambil semula Seri Menanti.

Sir Frederick Aloysuis Weld memberitahu kepada Tuanku Antah supaya pulang ke Seri Menanti untuk menjadi Raja Seri Menanti dan Sungai Ujung perlu ditinggalkan kepada Syed Aman.

Dengan keputusan Gabenor British itu, maka Tuanku Antah pun pulang ke Seri Menanti dan menjadi Raja Seri Menanti sahaja yang berkuasa ke atas luak-luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir.

Pada tarikh 23 November 1876, telah diadakan satu perjanjian diantara Tuanku Antah dengan penghulu-penghulu Luak dengan disaksikan oleh Gabenor British untuk mengakui serta mengesahkan perlantikan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti sahaja dan bukannya Yamtuan Besar Negeri Sembilan sepertimana yang dihajatinya dahulu.

Cadangan Meletakkan Seri Menanti, Ulu Muar, Jempol Di Bawah Naungan British

Syed Abdul Rahman

Bagaimanapun, perjanjian ini masih belum dapat meletakkan daerah Seri Menanti, Ulu Muar dan Jempol dibawah perlindungan British. Pada peringkat ini, pihak British hanya mulai meresapkan kuasanya.

Hanya pada tarikh 13 Julai 1889, barulah kawasan-kawasan ini terletak dibawah pengaruh British dengan termentrainya perjanjian penubuhan Konfiderasi Negeri Sembilan diantara Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dengan penghulu-penghulu Luak, Konfiderasi Seri Menanti di sati pihak dan Gabenor Negeri-Negeri Selat di pihak yang lain.

Rujukan:

  • Takhta Kerajaan Negeri Sembilan, Abdul Samad Idris, hal. 33

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here