Jika anda memandu ke selatan tanah air, pastinya anda akan melewati satu daerah yang unik akan namanya iaitu Alor Gajah. Alor Gajah merupakan salah satu daerah yang ada di dalam Negeri Melaka. Terdapat beberapa kisah dan fakta yang unik disebalik namanya.

Menurut cerita penduduk setempat, nama Alor Gajah ini sebenarnya diambil daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya kumpulan gajah tersebut diketuai oleh seekor gajah putih yang gemar melalui alur di sebatang sungai dan penduduk menamakan pekan ini sebagai Alor Gajah.

Daerah Alor Gajah terbahagi kepada 16 pekan kecil dan 31 buah mukim iaitu Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Durian Tunggal dan Pulau Sebang dengan keluasan 66,302 hektar.

Kawasan Alor Gajah terletak bersempadan dengan daerah Tampin, Negeri Sembilan yang merupakan antara pintu masuk utama dari Lebuhraya Utara Selatan ke negeri ini sekaligus menjadikannya daerah “penyambut” tetamu kepada pelawatnya.

ag 1

Selain daripada itu terdapat juga beberapa kisah peninggalan sejarah di daerah ini yang ingin kami kongsikan. Kisah yang paling dekat dengan masyarakat sentempat pastinya kisah si pejuang Naning iaitu Dol Said.

Alor Gajah ini pada mulanya dikatakan adalah lokasi penempatan orang-orang Minangkabau pada kurun ke 12. Masyarakat setempat di sini ramai yang mengamalkan adat pepatih dan bertutur dalam loghat Negeri Sembilan.

ag 2

Daerah Alor Gajah sememangnya kaya dengan tarikan pelancong. Antara tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi ialah Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Taman Tema Air A’Famosa Resort, Muzium Penyu dan Pusat Pengurusan Penyu Melaka.

Pusat Pengurusan Penyu Melaka ini adalah sebuah pusat yang bertanggungjawab memelihara dan membiak haiwan yang semakin pupus khususnya spesies penyu karah. Selain daripada itu tarikan terbaru yang ada di daerah ini pastinya syurga membeli belah iaitu Freeport A’Famosa Outlet.

ag 3

Selain daripada itu juga terdapat lebih 10 IPT di daerah ini dan antaranya ialah Universiti Institut Teknologi MARA di Lendu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, Pusat Matrikulasi Londang, Kolej Universiti Agro Sains (Risda), Institut Yayasan Alor Gajah, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Universiti Kuala Lumpur, Adtec Technology Centre, Institut Teknologi Kejuruteraan Kimia Malaysia (MICET), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Komuniti.

Kini Alor Gajah sedang pesat membangun dan menjadikannya antara salah satu daerah paling penting di Negeri Melaka. Ia bukan sahaja kaya dengan kisah sejarah, malah Alor Gajah kini dikenali sebagi pusat Pelancongan,Pertanian, Pendidikan dan Industri Automotif di Negeri Melaka.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

2 comments

  1. Mohon jasa baik pihak tuan untuk menukar nama Kolej Universiti Teknologi Kebangsaan Malaysia kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)…

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

6 + 1 =