Disebalik Nama Bandar Menjalara Di Kuala Lumpur

Bandar Menjalara adalah merupakan sebuah perbandaran di Kuala Lumpur dan lokasinya terletak di antara kawasan Kepong dengan kawasan Bandar Sri Damansara dan bersebelahan dengan Taman Bukit Maluri.

Uniknya tentang nama bandar ini iaitu Bandar Manjalara diambil sempena nama kepada Paduka Seri Cik Manjalara (Makche Manjelara atau Cik Menyelara) iaitu ibu kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada waktu itu adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman menulis nama ibunya sebagai Menyelara.

Cik Menyalara hanya orang kebanyakan dan bukanlah berdarah keturunan mana-mana kerabat diraja. Oleh yang demikian, hal ini menjadi salah satu faktor kenapa Tunku Abdul Rahman tidak menjadi pengganti Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah.

Tunku Abdul Rahman adalah merupakan anak yang ke 7. Beliau mempunyai 3 orang abang dan 3 orang kakak. Selepas Tunku Abdul Rahman, ibunya melahirkan 6 orang anak lagi.

Disebalik Nama Bandar Menjalara Di Kuala Lumpur

Ibu kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama ini adalah merupakan anak kepada Luang Naraborir yang merupakan seorang Pegawai Daerah di utara Thailand. Luang berasal dari Pegu iaitu sebuah lokasi yang terletak di pergunungan Shan di Burma.

Cik Menyalara telah dihantar kepada Sultan Ahmad Tajudin iaitu sultan yang memerintah negeri Kedah sejak pada tahun 1824 setelah dikalahkan oleh Siam dalam tahun 1821.

Tunku Narimah iaitu kakak sulung kepada sultan Kedah pada waktu itu adalah individu yang memelihara Cik Menyelara. Nama asal Cik Menyelara ialah Niarang Luang Nara.

Sultan Ahmad Tajudin membenarkan Niarang berkahwin dengan Raja Muda sebagai isteri ke 6. Dalam Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin empat serentak sahaja.

Disebalik Nama Bandar Menjalara Di Kuala Lumpur

Sultan Abdul Hamid, Cik Menjalara, Tunku Abdul Rahman, Tunku Khatijah dan Tunku Nerang

Sultan Abdul Hamid telah menyerahkan banyak harta kepada Cik Menyelara. Antaranya ialah harta yang dirampas daripada Tengku Kudin (Tengku Ziauddin) seorang kerabat diraja Kedah yang menjadi menantu Sultan Selangor dan terlibat dalam Perang Kelang pada tahun 1860 an.

Sultan Abdul Hamid juga ada menyerahkan kepada Cik Menyelara sebuah rumah tiga tingkat berbentuk pagoda yang dinamakan Istana Tiga Tangga.

Rujukan:

  • Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, Kuala Lumpur, 2004, hal. 7

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 1 = 2