Doktor Wanita Melayu Pertama Dari Kedah

Negeri Kedah bukan sahaja kaya dengan sejarah dan tempat menarik, malah terdapat ramai tokoh-tokoh hebat yang banyak mengharumkan nama negeri Kedah serta negara Malaysia di mata dunia.

Siapa sangka wanita melayu pertama yang menjadi doktor di Malaysia adalah berasal dari negeri Kedah. Tokoh hebat yang dimaksudkan ialah Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail.

Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail dilahirkan pada tarikh 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls’ School atau Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Star. Beliau juga berkelulusan Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935).

Beliau adalah merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.

Doktor Wanita Melayu Pertama Dari Kedah

Namun pelajaran beliau terhenti antara tahun 1939 hingga tahun 1945 disebabkan oleh perang dunia kedua. Kemudian, beliau tidak melepaskan peluang untuk menyambung semula pengajian beliau bermula pada tahun 1946.

Dalam tahun 1947, Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan. Beliau mula bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Alor Setar, Kedah dan ketika itu beliau dibawah penyeliaan doktor tempatan dan doktor berbangsa Jepun.

Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail juga ada membuka klinik persendirian yang dikenali sebagai Klinik Salma di Alor Setar, Kedah.

Doktor Wanita Melayu Pertama Dari Kedah

Selain mempunyai tugas hakiki sebagai seorang doktor, beliau juga aktif dalam aktiviti sukarelawan seperti menjadi Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah, ahli St. John Ambulan Kedah, Presiden Persatuan Dokto-doktor Swasta Selangor dan Presiden Pertubuhan Pan Pasific Asia Tenggara.

Atas sumbangan dan kejayaan yang beliau kecapi, pelbagai anugerah, pingat dan bintang kebesaran yang beliau dapat seperti Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada 1997 , Dato’ Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) yang membawa gelaran Dato’ pada 1996 dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada 1959.

Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2014 di Hospital Pantai, Bangsar kerana sakit tua pada ketika usia 95 tahun.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 1 = 8