Empangan Hidro Pertama Di Malaysia

Empangan Hidro yang pertama dibina di Malaysia ialah Empangan Hidro Sungai Sempam yang terletak di Raub, Pahang dan ia telah dibina dalam tahun 1900 oleh Raub Australian Gold Mining Co. Limited.

Australian Gold Mining Co. Limited juga turut dikenali sebagai Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub Bhd. Tujuan pembinaan Empangan Hidro Sungai Sempam dibina adalah untuk kegunaan dan operasi perlombongan emas di Bukit Koman.

Namun yang demikian, ada pendapat yang menyatakan bahawa Empangan Sungai Sempa ini tidak boleh dikira sebagai empangan hidro pertama yang bekalkan tenaga elektrik di Malaysia kerana ia telah dibina oleh syarikat perlombongan untuk kegunaan operasinya sendiri.

Empangan Hidro Pertama Di Malaysia

Oleh yang demikian, empangan hidroelektrik yang pertama di Malaysia ialah Empangan Hidro Tasik Chenderoh yang terletak kira-kira 21 kilometer ke utara dari bandar Kuala Kangsar.

Empangan Hidro Pertama Di Malaysia

Kerja-kerja pembinaan Empangan Hidro Tasik Chenderoh ini telah bermula sejak pada tahun 1927 lagi dan ia telah siap dibina dalam pada tahun 1930 sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30).

Empangan Hidro Pertama Di Malaysia

Dengan terbinanya Empangan Hidro Tasik Chenderoh ini juga telah menjadikannya sebagai empangan yang paling besar di Asia Tenggara pada waktu itu.

Empangan Hidro Pertama Di Malaysia

Dalam tahun 1940, Stesen Elektrik Hidro Chenderoh telah mula membekalkan elektrik kepada 35 buah bandar dan beberapa tempat lain di negeri Perak. Stesen Elektrik Hidro Chenderoh masih beroperasi sehingga ke hari ini dan menjadikannya sebagai Empangan Hidro yang paling tua di Malaysia.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here