Fakta Tentang Kota A Famosa Di Melaka

Nama Kota A Famosa semestinya satu nama yang tidak asing lagi buat seluruh warganegara di Malaysia kerana kita seringkali menerima pendedahan tentangnya sejak di bangku sekolah lagi.

Kota A Famosa tidak terkecuali dalam menjadi tarikan para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara untuk menikmati tinggalan sejarah pihak penjajah di Tanah Melaka.

Kota A Famosa atau Porta de Santiago membawa maksud yang termashur dalam bahawa melayu dari perkataan asal bahasa Portugis tadi dan kota ini telah dibina oleh pihak Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka dalam tahun 1511.

Lokasi Kota A Famosa ini terletak betul-betul di Bandar Hilir, Melaka yang mana hari ini ia terletak bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

Fakta Tentang Kota A Famosa Di Melaka

Binaan Kota A Famosa ini dibina bagi bertujuan untuk menangkis serangan orang-orang melayu dan ia telah mengambil masa selama 5 bulan lamanya untuk siap dibina.

Kebanyakan bahan binaan untuk membina Kota A Famosa ini diambil dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan lain yang musnah akibat peperangan yang telah berlaku sebelum iniatas arahan Alfonso de Albuquerque.

Fakta Tentang Kota A Famosa Di Melaka

Lokasi Kota A Famosa dibina di tempat yang begitu strategik kerana ia dapat membantu Portugis untuk menghadapi sebarang bentuk serangan musuh untuk menakluk Melaka.

Bangunan Kota A Famosa Melaka masih utuh sehingga ke hari ini dan ramai para pelancong dari dalam dan luar yang datang tidak putus-putus saban tahun untuk melihat struktur-struktur bangunan bersejarah yang masih kekal di Melaka.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

59 + = 66