George Town, Bandaraya Pertama Di Malaysia

Tanjung atau lebih dikenali dengan nama George Town adalah merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang cukup terkenal di Pulau Pinang. George Town juga boleh dikatakan antara sebuah bandar yang tertua selepas bandar Melaka.

Pada asalnya, penduduk Melayu yang menjadi penduduk awal yang tinggal di George Town menggelarkan kawasan ini sebagai nama Tanjung Penaga. Hal ini adalah kerana dipercayai bahawa nama Tanjung Penaga ini berasal daripada tumbuhan penaga laut yang banyak tumbuh meliar di sana pada satu ketika dahulu.

Setiap tanah di Pulau Pinang ini pada asalnya adalah milik kepunyaan kesultanan negeri Kedah dan kemudian kawasan Pulau Pinang diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British dalam tahun 1786 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II (Sultan Kedah ke 19) dengan menandatangani perjanjian yang menyatakan bahawa Syarikat Hindia Timur British akan diberikan perlindungan di Pulau Pinang daripada serangan Siam dan Burma.

Pada tarikh 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light telah menaikkan bendera Union Jack di Kota Cornwallis sebagai simbolik pembukaan bandar George Town. George Town yang asalnya ada sebuah pelabuhan kecil telah mula berkembang dengan pesat sebelum Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura mula memberikan persaingan yang hebat sejak tahun 1819.

George Town, Bandaraya Pertama Di Malaysia

Kapten Francis Light

Bermula dalam tahun 1826, rumah-rumah kayu penduduk tempatan mula dimusnahkan dan digantikan dengan bangunan binaan batu. Pada tarikh 1 Januari 1857, George Town telah dinaik taraf ke perbandaran lantas pada tarikh 1 Januari 1957, George Town adalah bandar pertama yang mendapat taraf bandaraya di tanah air kita.

Pada asalnya, pentadbiran perbandaran di George Town dinamakan sebagai “The Municipal Commisioners of Price of Wales” yang mempunyai lima orang ahli dengan seorang memegang jawatan Presiden. Sejak tahun 1948, pentadbiran ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran George Town.

Pilihanraya untuk memilih wakil-wakil ke Majlis Perbandaran bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Pilihanraya pertama telah diadakan pada tarikh 27 Januari 1888 walaupun terdapat hanya seramai kurang dari 200 yang keluar mengundi.

Encik G. H. Goh dari wakil Parti Perikatan telah dilantik menjadi President yang pertama selepas mesyuarat Majlis Dewan Bandaraya George Town diadakan buat kali yang pertama selepas sehari George Town diisytiharkan menjadi bandaraya oleh Ratu Elizabeth II.

Rujukan :

  • Penang Past and Present 1786 – 1963

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here