Hubungan Diplomatik Malaysia Dengan Filipina Dipulihkan

Pada tarikh 12 Februari 1964, perdana menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan tentang pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Filipina.

Perhubungan diplomatik antara Malaysia dengan Filipina pernah terputus berikutan dengan penentangan Filipina terhadap pembentukan Malaysia serta tuntutan mereka terhadap negeri Sabah yang telah menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Dalam bulan April 1962, Dewan Perwakilan Filipina telah meluluskan “Resolusi Ramos” iaitu satu ketetapan berhubung dengan tuntutannya ke atas negeri Sabah.

Keengganan Filipina mengiktiraf Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September 1963 telah mengakibatkan berlakunya perang dingin antara kedua-dua negara yang semakin hebat sehinggakan hubungan diplomatik antara dua negara ini terpaksa diputuskan.

Hubungan Diplomatik Malaysia Dengan Filipina Dipulihkan

Dalam pada itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk mendamaikan kembali hubungan Malaysia dengan Filipina yang telah terputus. Pada tarikh 10 Februari 1964, perdana menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina, Diosdado Macapagal telah bertemu di Phnom Penh, ibu negeri Kambodia.

Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman dan Diosdado Macapagal telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk berdamai serta berbaik-baik semula untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

Hubungan Diplomatik Malaysia Dengan Filipina Dipulihkan

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama

Hasilnya pada tarikh 12 Februari 1964, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa hubungan antara Malaysia dengan Filipina dipulihkan semula. Bagaimanapun sebagai permulaan, hubungan itu dibuat di peringkat konsul.

Hubungan Diplomatik Malaysia Dengan Filipina Dipulihkan

Diosdado Macapagal, Presiden Filipina ke 9

Pemulihan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Filipina dibuat sepenuhnya berlaku dalam bulan Disember 1969. Pemulihan hubungan diplomatik antara negara ini amat penting.

Hubungan Diplomatik Malaysia Dengan Filipina Dipulihkan

Hal ini bukan kerana kedua-dua negara ini jiran serantau antara negara, malah Malaysia dan Filipina juga adalah pengasas dan anggota penting dalam pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) iaitu pertubuhan yang mahukan keamanan dan persefahaman dikalangan negara-negara Asia Tenggara.

Rujukan dan gambar:

  • Straits Times, 13 Februari 1964, hal. 1
  • Penerangan Malaysia
  • Official Gazette Philipina

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 1 = 5