James Brooke, Raja Putih Sarawak Yang Pertama

Raja Putih atau kadangkala dikenali sebagai Rajah Sarawak dan Rajah Putih adalah satu dinasti pemerintahan oleh sebuah keluarga barat di negeri Sarawak iaitu tidak lain tidak bukan keluarga Brooke.

Sebelum negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke, negeri Sarawak pada asalnya adalah sebuah tanah jajahan hak milik penuh Kesultanan Brunei.

Hal demikian sehinggalah James Brooke selaku Raja Putih pertama buat negeri Sarawak telah menerima tanah dan lama-kelamaan negeri Sarawak menjadi semakin besar keluasannya.

Sir James Brooke dilahirkan pada tarikh 29 April 1803 di Secrore iaitu sebuah lokasi yang berhampiran Benares, India. Beliau adalah merupakan anak kepada seorang majistret yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di Bengal, India.

Raja Putih Sarawak yang pertama ini mula menyertai dalam perkhidmatan Syarikat Hindia Timur Inggeris sejak dalam tahun 1825 dan beliau telah ditempatkan di India.

James Brooke, Raja Putih Sarawak Yang Pertama

Selepas ketibaannya di India, telah berlaku isu permusuhan di kawasan Burma dan James Brooke telah dihantar ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Lembah Brahmaputra dalam tahun 1825.

Sewaktu di Burma, James Brooke telah mengalami kecederaan yang teruk ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan dan beliau telah dihantar kembali ke England untuk dirawat.

James Brooke telah mengambil masa beberapa tahun untuk kembali pulih dan dalam tahun 1830, beliau telah kembali ke Madras namun beliau telah terlewat untuk dihantar berperang.

Kemudian James Brooke mula mengembara ke China dan semasa melalui kepulauan India Timur, pada waktu itulah James Brooke memutuskan untuk mencari satu lokasi yang baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan menambah kekayaan keluarganya.

Akhirnya, James Brooke telah cuba untuk berdagang di Timur Jauh namun tidak begitu berjaya. Dalam tahun 1835, ayah kepada James Brooke telah meninggal dunia dan meninggalkan harga berjumlah £30,000.

James Brooke telah menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah kapal yang bernama Royalist. Beliau telah mula belayar ke Borneo dalam tahun 1838 dan mereka telah tiba di Kuching dalam bulan Ogos 1938.

Apabila James Brooke sampai, beliau mendapati bahawa sebuah perkampungan di satu kawasan di Kuching sedang menghadapi masalah pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei.

James Brooke, Raja Putih Sarawak Yang Pertama

Oleh yang kemudian, James Brooke telah membantu Raja Muda Hassim iaitu bapa saudara dan raja muda kepada sultan yang memerintah Brunei dalam menumpaskan pemberontakan Dayak yang sedang berlaku.

Sebagai ganjaran dan balasan oleh bantuan yang diberikan oleh James Brooke, Raja Muda Hassim kemudiannya telah menobatkan James Brooke dengan gelaran Raja Sarawak dalam pada tahun 1841.

Gelaran Raja Sarawak yang diberikan oleh Raja Muda Hassim kemudiannya telah disahkan dan diperkenankan oleh Sultan Brunei dan akhirnya gelaran Raja Putih Sarawak diberikan kepada James Brooke.

James Brooke kemudian telah membuat pelbagai persiapan untuk mengukuhkan kedudukannya di negeri Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya.

Beliau juga telah banyak menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menubuhkan kod perundangan buat negeri Sarawak. Beliau ada melancarkan rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah tersebut dan menumpaskan lanun.

Pada tahun yang sama, James Brooke telah bekerjasama dengan pegawai tentera laut British dalam operasi menumpaskan lanun Dayak dan Melayu yang ada di sekitar laut Borneo.

Dalam tahun 1847, James Brooke telah kembali ke England. Sewaktu di England, beliau telah bertemu dengan Ratu Victoria dan dianugerahkan dengan gelaran Knight Commander of the Bath (K.C.B) dalam tahun 1848.

James Brooke juga turut dilantik menjadi sebagai gabenor dan komander Labuan yang telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British pada tahun 1846 dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Dalam tahun 1849, James Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun Dayak dan berjaya menumpaskan mereka dengan teruk. Namun dalam tahun 1851, James Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul.

James Brooke dituduh menerima rasuah dan salah laku termasuk bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan termasuklah lanun yang didakwa menjadi mangsa kekejaman oleh Brooke.

Tuduhan ini ditimbulkan oleh ahli politik radikal seperti Joseph Hume dan ahli lain yang anti-imperialis di Dewan Rendah House of Commons. Selepas beberapa penyiasatan dijalankan, James Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Namun begitu, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap James Brooke ini telah menjejaskan nama baiknya dan akibatnya beliau telah dilucutkan dari jawatannya sebagai gabenor Labuan.

James Brooke hampir terkorban semasa pemberontakan serius pendatang China di Sarawak pada tahun 1857 tetapi dengan sokongan padu oleh orang Melayu dan Dayak yang setia, pemberontakan oleh pendatang China tersebut berjaya ditumpaskan. Sekali lagi, James Brooke berjaya mengawal kembali kerajaannya.

Dalam tahun 1863, James Brooke akhirnya bersara dan pulang ke England. Sungguhpun begitu, dia kembali semula ke Sarawak sekurang-kurangnya sebanyak dua kali lagi semata-mata untuk melawan lanun dan menumpaskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak.

James Brooke memerintah Sarawak sehinggalah beliau meninggal dunia akibat daripada kali ketiga di serang strok dalam tempoh 10 tahun. Pemerintahan Sarawak kemudiannya diganti oleh anak saudara kepada James Brooke sendiri iaitu Charles Brooke yang menjadi Raja Putih kedua Sarawak.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here