Jaring, Pembekal Internet Pertama Malaysia

Jaring Communications Sdn Bhd adalah satu entiti yang menawarkan perkhidmatan internet yang pertama di Malaysia. Namun, ia telah dibubarkan dan diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah pada tarikh 23 April 2015.

Kisahnya Jaring telah dibangunkan sejak dalam tahun 1986 lagi yang mana pada waktu itu ia menggunakan nama RangKoM dan kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring dalam tahun 1992.

Kemudian, prestasi Jaring dibiarkan merosot sehingga dibubarkan. Ia adalah merupakan subsidiari Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 2007.

Antara tokoh yang punyai peranan besar dalam membawa perkhidmatan internet di Malaysia ini adalah Dr Mohamad Awang Lah. Beliau adalah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk Jaring.

Jaring, Pembekal Internet Pertama Malaysia

Dr Mohamad Awang Lah bersara dalam tahun 2010 dan kemudian jawatan beliau diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula pada tarikh 1 Mac 2011.

Dalam bulan Ogos 2014, Jaring dilaporkan telah diambil alih oleh Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta dan kemudian dalam bulan Oktober 2014, The Malaysian Insider melaporkan lebih 70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan.

Jaring, Pembekal Internet Pertama Malaysia

Pekerja di Jaring juga ada dilaporkan tertunggak untuk bayaran caruman KWSP mereka sejak bulan Ogos 2014. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh Utusan Printcorp sejak mengambil alih Jaring.

Jaring juga antara 3 kontraktor yang menerima bayaran penuh RM88.13 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi projek jalur lebar yang tidak lengkap di Sabah dan Sarawak, menurut beberapa siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2014, seperti dilaporkan News Straits Times Online.

Jaring, Pembekal Internet Pertama Malaysia

Generasi hari ini punyai banyak pilihan untuk mendapat perkhidmatan sambungan ke internet dengan mudah dan sebaliknya untuk generasi terdahulu yang begitu susah untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 78 = 83