Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, jejambat adalah terma yang merujuk kepada jambatan jalan raya atau jambatan jalan kereta api yang dibina untuk melintasi sebarang lurah.

Kita semua tahu bahawa jejambat adalah satu perkara yang tidak asing lagi buat generasi yang hidup di zaman sekarang. Hal ini adalah kerana terdapat begitu banyak jejambat yang telah dibina diseluruh negara.

Tahukah anda daripada beratus-ratus jejambat yang ada di dalam Malaysia, yang mana satukah pertama sekali dibina selepas negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan?

Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

Jejambat Jalan Kinabalu atau lebih senang dikenali dengan nama Jejambat Kinabalu adalah jejambat yang pertama sekali dibina di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan dan lokasinya terletak di Kuala Lumpur.

Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

Pembinaan Jejambat Jalan Kinabalu di Kuala Lumpur ini bermula sejak tahun 1963 iaitu 6 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan dan ia telah siap dibina sepenuhnya dalam tahun 1965.

Jejambat Pertama Dibina Sejak Merdeka

Jejambat Jalan Kinabalu telah dibuka kepada orang awam untuk lalu lintas dalam bulan Ogos 1965 dan ia adalah merupakan sebahagian daripada sistem Jalan Lingkaran di Kuala Lumpur.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here