Pada tarikh 29 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz Almuttasim Billah Shah telah mangkat selepas memerintah negeri Perak selama lebih 10 tahun sejak tahun 1938.
Pada tarikh 14 Mei 1955, parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tarikh 27 Julai 1955 telah menentukan pemilihan lambang parti masing-masing.
Kelahiran parti keramat UMNO ini adalah hasil dari cetusan semangat kebangsaan orang-orang Melayu yang lahir tepat pada masa dan keadaan yang memerlukannya.