Kawasan FELDA Yang Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada tarikh 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

Tujuan penubuhan FELDA adalah untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Lurah Bilut adalah merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terawal dan lokasinya terletak di kawasan Bentong, Pahang dan ia mula dibuka setahun selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu dalam tahun 1958.

Kawasan penempatan FELDA yang dinamakan sebagai Lurah Bilut inj merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia.

Kawasan FELDA Yang Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Seperti yang sudah sedia maklum, FELDA Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk disini dahulunya dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk yang datang.

Contohnya penduduk yang berasal dari Pulau Pinang akan dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang dan begitulah buat mereka yang datang dari kawasan lain-lain.

Apabila berbicara tentang perihal FELDA, sudah pasti kegiatan pertanian menjadi kegiatan utama. Antaranya ialah penanaman getah dan kelapa sawit yang dijalankan oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina dan India.

Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di kawasan FELDA Lurah Bilut adalah merupakan sekolah wawasan pertama dan secara tidak langsung, ia diangkat sebagai model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia.

Pada tarikh 22 September 2005, Muzium FELDA di Lurah Bilut, Pahang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Kawasan FELDA Yang Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Turut hadir sewaktu majlis perasmian Muzium FELDA oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda iaitu Tan Sri Yusof Nor.

Bangunan yang dijadikan sebagai Muzium FELDA itu sebelum ini adalah bangunan pejabat pentadbiran FELDA Lurah Bilut yang telah dibina dalam bulan Julai 1958.

Kawasan FELDA Yang Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Muzium FELDA yang unik ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan didalamnya mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan FELDA sejak penubuhannya dalam tahun 1958.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here