Kemangkatan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Ke 4

Pada tarikh 6 Februari 1898 selepas memerintah negeri Selangor selama lebih kurang 39 tahun, Sultan Abdul Samad Bin Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Selangor ke 4) yang berusia 93 tahun telah mangkat.

Baginda Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) telah mangkat pada jam 10.45 pagi di Istana Jugra dan jenazah Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) ini telah dimakamkan di Bukit Jugra, Kuala Langat.

Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) menaiki takhta kerajaan negeri Selangor selepas kemangkatan ayahanda saudara dan mertuanya iaitu Sultan Muhammad (Sultan Selangor ke 3) pada tahun 1857.

Sebelum bergelar sultan, baginda adalah Tengku Panglima Raja dan berkuasa di daerah Langat. Perlantikan baginda sebagai sultan adalah hasil desakan daripada Raja Jumaat dari Lukut yang mendapat persetujuan daripada 4 orang pembesar negeri yang lain.

Raja Muda Mahmud, putera kepada Almarhum Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda pula usianya untuk diangkat menjadi sebagai seorang seorang sultan di negeri Selangor.

Kemangkatan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Ke 4

Zaman pemerintahan baginda Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) adalah merupakan zaman pergolakan politik di negeri Selangor yang mana pada waktu itu berlakunya perang saudara untuk merebut takhta kerajaan serta kawasan.

Akhirnya, baginda Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin supaya menjadi wakil mutlaknya untuk memerintah negeri Selangor.

Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui sah oleh kebanyakan pembesar-pembesar di negeri Selangor terutamanya Raja Mahadi yang menganggapnya sebagai orang dagang.

Kemangkatan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Ke 4

Dalam masa pemerintahannya juga, negeri Selangor yang kaya dengan hasil bumi telah menarik pelombong-pelombong cina untuk membuka lombong bijih timah bersama-sama dengan orang melayu.

Perusahaan bijih timah telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar perniagaan yang paling penting. Pada waktu itu, kerajaan Inggeris telah campur tangan dalam kerajaan negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British di Selangor iaitu J. G. Davidson.

Kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) pada tarikh 6 Februari 1898 telah digantikan dengan cucu baginda bernama Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke 5).

Kemangkatan Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor Ke 4

Jenazah baginda Almarhum Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) telah dimakamkan di Bukit Jugra, Kuala Langat selepas upacara perisytiharan Sultan Selangor yang baru.

Rujukan:

  • Keputeraan DYMM Sultan Selangor, 10 Mac 1970 – Ringkasan Tawarikh Selangor
  • Sejarah Selangor, Hj. Buyong Adil, hal. 49

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

21 + = 22