Kenali Abdul Rahman Talib Dari Temerloh, Pahang

Abdul Rahman Talib adalah seorang tokoh negara yang semakin dilupakan generasi hari ini terhadap jasanya tentang penekanan untuk penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Beliau ialah salah seorang menteri di Malaysia sebelum ini dan pernah berkhidmat di dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak negara kita mencapai kemerdekaan.

Nama beliau mencapai kemasyhuran apabila Abdul Rahman Talib telah menerbitkan sebuah laporan dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib yang mana ia adalah untuk memperbaiki sistem pendidikan Tanah Melayu dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Abdul Rahman Talib dilahirkan di Temerloh, Pahang. Beliau telah menerima pendidikan awal di tempat kelahirannya dan kemudian telah melanjutkan pengajian di Kolej Latihan Sultan Idris (SITC) yang mana kini ia dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Tokoh hebat ini memulakan kerjayanya pada tahun 1940 sebagai seorang guru di Sekolah Abdullah, Kuantan dan lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1945, beliau telah dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang.

Kenali Abdul Rahman Talib Dari Temerloh, Pahang

Pada tahun 1952, Abdul Rahman Talib adalah individu yang mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang. Abdul Rahman Talib sangat aktif dalam politik dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Selain itu, beliau juga adalah merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Dalam tahun 1956, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Kemudian dilantik pula menjadi menteri penuh dalam berbagai-bagai kementerian.

  • 1957: Menteri Pengangkutan
  • 1959: Menteri Perdagangan dan Industri
  • 1960: Menteri Pelajaran
  • 1962: Menteri Kesihatan
  • 1964: kembali menjadi Menteri Pelajaran.

Sewaktu Abdul Rahman Talib menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya.

Semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran, Abdul Rahman Talib telah mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Kenali Abdul Rahman Talib Dari Temerloh, Pahang

Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib yang mana beliau telah mencadangkan bahawa Bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu wajib diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan untuk mana-mana pelajar yang menyambung ke mana-mana sekolah menengah atau pusat latihan guru perlulah lulus dalam matapelajaran bahasa Melayu.

Kenali Abdul Rahman Talib Dari Temerloh, Pahang

Cadangannya juga termasuklah tentang pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Abdul Rahman Talib bersara pada tahun 1965 dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 1968.

Rujukan:

  • Chronicle of Malaysia 1957 – 2007, hal. 88
  • http://theearlymalaydoctors.blogspot.com/2012/03/dato-abdul-rahman-bin-haji-talib.html

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

89 − = 85