Sultanah Kedah, Wanita Pertama Dilantik Canselor Universiti

Tuanku Hajah Bahiyah ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah sultanah negeri Kedah dan pernah menjadi Raja Permaisuri Agong sewaktu pemerintahan suaminya Sultan Kedah.

Ketika Tuanku Hajah Bahiyah menjadi Raja Permaisuri Aging, baginda telah dilantik menjadi Canselor Universiti Malaya yang ke 2 pada dalam bulan November 1972.

Lantikan ini amat bersejarah dalam negara Malaysia kerana lantikan ini mencatatkan baginda sebagai wanita pertama di dalam negara yang dilantik sebagai Canselor Universiti.

Sultanah Kedah, Wanita Pertama Dilantik Canselor Universiti

Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Bahiyah telah diputerikan pada tarikh 24 Ogos 1930 di Seri Menanti dan baginda adalah merupakan puteri sulung kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar dan DYMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan yang kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Pertama.

Tuanku Hajah Bahiyah menerima pendidikan di Sekolah Melayu di Seri Menanti dan Sekolah Convent Seremban. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan memperoleh ijazah dan bidang Sains Sosial dari University of Nottingham.

Canselor universiti wanita pertama ini berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam bulan Mac 1956 dan pasangan Diraja ini dikurniakan tiga orang puteri iaitu YM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, YM Dato’ Seri Tunku Soraya dan Y.M. Tunku Sarina.

Sultanah Kedah, Wanita Pertama Dilantik Canselor Universiti

Baginda telah ditabalkan sebagai Sultanah negeri Kedah pada tarikh 20 Februari 1959 kemudian pada tarukh 23 September 1970, Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 5.

Sultanah Kedah, Wanita Pertama Dilantik Canselor Universiti

Seri Paduka Baginda pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negeri. Dalam tahun 1970, Maharaja Hirohito Jepun menganugerahi baginda The First Class Order of Sacred Treasure.

Dalam tahun yang sama, Presiden Soeharto Indonesia menganugerahkan Bintang Maha Putera Kelas Satu. Seri Paduka Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Malaya dan Baginda menjadi Canselor dari tahun 1972 hingga tahun 1986.

Baginda terkenal atas sumbangan kurnia baginda kepada masyarakat, terutama kepada kebajikan mereka yang kurang bernasib baik, kanak-kanak dan orang-orang tua.

Sultanah Kedah, Wanita Pertama Dilantik Canselor Universiti

Tuanku Hajah Bahiyah telah pergi menghadap Illahi dalam tahun 2003. Semoga Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Al-fatihah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here