Bank Kerapu adalah merupakan antara bank terawal yang wujud di negeri Kelantan dan lokasi bangunan bank yang cukup bersejarah ini terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan.

Pada asalnya, bangunan Bank Kerapu telah dibina di atas tapak bangunan yang dimiliki oleh seorang Pembesar Kelantan yang punyai gelaran Dato’ Sri Paduka Raja atau nama sebenarnya adalah Nik Yusoff bin Nik Abd Majid.

Beliau adalah merupakan seorang pembesar yang cukup terkenal sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad (Sultan Kelantan ke 21) dan zaman Sultan Muhammad III (Sultan Kelantan ke 22).

Nik Yusoff bin Nik Abd Majid juga pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada tahun 1894 hingga tahun 1900.

Nama Bank Kerapu yang cukup unik ini punyai ceritanya yang tersendiri. Nama Kerapu itu diambil sempena struktur dinding bangunan bank tersebut yang disimen dalam keadaan berkerutu atau pun disebut kerapu dalam dialek Kelantan.

muzium

Maka, dari situlah datangnya nama Bank Kerapu yang pada asalnya digelar oleh penduduk setempat sehingga ke hari ini. Untuk makluman anda, Bangunan Bank Kerapu ini siap dibina pada tahun 1912.

Uniknya Bank Kerapu adalah antara bank terawal yang dibina dengan menggunakan batu-bata kecil di negeri Kelantan. Pemilikan pertama pengoperasian Bank Kerapu ialah The Mercatile Bank of India Ltd dan pengurus pertamanya adalah orang Inggeris yang bernama Sir Muir.

struktur_bank

Bangunan Bank Kerapu ini juga pernah dijadikan sebagai ibu pejabat pasukan polis rahsia Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Selain itu, ia juga pernah dijadikan sebagai penjara untuk aktiviti siasatan dan penderaan oleh tentera Jepun.

Selepas tentera Jepun menyerah kalah, bangunan Bank Kerapu akhirnya dikembalikan dan digunakan sebagai bank semula sewaktu Inggeris memerintah Kelantan kembali.

Dalam tahun 1977, nama Bank Kerapu telah ditukar kepada The Hong Kong & Shanghai Banking Corporation. Lantas pada tahun 1981, bangunan dijadikan sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan.

Bank ini sekali lagi bertukar peranannya pada tahun 1992 sebagai memorial peringatan Perang Dunia Kedua dan di dalamnya tersimpan segala cerita sejarah pendudukan Jepun ke Tanah Melayu.

basikal jepun

Bangunan ini juga ada mempamerkan barang-barang berkaitan peperangan yang terdiri daripada gambar-gambar artikel serta artifak yang berkaitan tentang penjajah termasuklah kehidupan rakyat British di Kelantan sebelum dan selepas perang.

pameran

Anda disarankan untuk datang berkunjung dan melihat sendiri apa yang ada di dalam bangunan Bank Kerapu sekarang. Tambahan pula ia terletak tidak jauh dengan kawasan membeli-belah yang menjadi tumpuan di negeri Kelantan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

64 + = 67