Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan

Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai dengan gesek yang ada di Kelantan adalah merupakan kilang mancis yang pertama dan yang paling tua di Malaysia.

Kilang mancis yang ada di kelantan ini telah dibuka sejak dalam tahun 1933 lagi dan mereka masih lagi menjalankan operasi pengeluaran mancis sehingga ke hari ini walaupun permintaan semakin hari terhadap mancis semakin berkurangan.

Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan

Walaupun kilang mancis ini sekarang menerima saingan yang amat sengit berikutan dengan kemunculan pemetik api moden, namun mancis cap lada ini masih lagi mampu bertahan kerana ia punya pelanggan setia dan peminatnya yang tersendiri.

Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan

Kilang Mancis Cap Lada terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Kilang mancis pertama di Malaysia ini mampu untuk menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan

Pada awalnya, kilang ini dimiliki oleh seorang peniaga dari Bombay, India dan pemilikan terhadap kilang ini telah beralih tangan ke beberapa pemilik luar dan tempatan beberapa kali.

Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di Kelantan

Sekarang, kilang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh peniaga tempatan bernama Tan Chon San sejak pada tahun 1995 sehingga ke hari ini dan terdapat sebuah cawangan kilang mancis baru di Taiping, Perak.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 3 = 5