Kisah Awal Kewujudan Garpu

Kemunculan awal buat garpu adalah sewaktu zaman kegemilangan Mesir Kuno dalam budaya Qijia yang mana kini sebahagian dalam negara China dan anggaran penggunaan awalnya adalah antara 1,900 hingga 2,400 sebelum masihi.

Beberapa ribu tahun kemudian, populariti untuk penggunaan garpu mula merebak ke dunia barat. Salah satu keterangan rekod secara terperinci mengenai garpu adi Venice adalah dari berdasarkan kisah dalam abad ke 11 tentang perkahwinan puteri Byzantine bernama Theodora Anna Doukaina. Beliau kononnya menerima garpu emas sebagai sebahagian daripada tanda perkahwinan.

Namun selepas dua tahun berkahwin, puteri tersebut meninggal dunia kerana menghidapi penyakit yang misteri. Ada yang beranggapan bahawa ia adalah bala kerana melawan hukum tuhan kerana tidak menggunakan jari untuk makan sebaliknya menggunakan garpu dengan megah.

Zaman lalu mengganggap menggunakan garpu ini sebagai perkara yang negatif. Mereka yang menggunakan garpu ini dianggap sebagai satu penghinaan kepada tuhan kerana jari jemari telah diciptakan oleh tuhan untuk makan.

Ada juga masyarakat tempatan menyatakan imej garpu tersebut menyerupai alat yang digunakan oleh syaitan untuk menyeksa manusia di alam neraka. Para bangsawan di Itali mula memperkenalkan penggunaan garpu pada abad ke 11, di ikuti dengan penggunaan garpu di Sepanyol pada abad ke 16 dan kemudian di Perancis sekitar abad ke 14.

Kisah Awal Kewujudan Garpu

Di benua Amerika pula, penggunaan garpu diperkenalkan pada tahun 1611 oleh Thomas Coryat melalui bukunya “Coryat’s Curdities Hastily gobbled up in Five Months Travels in France, Savoy, Italy, & c.”. Thomas Coryat ini adalah seorang pengembara dan penulis dari zaman akhir Elizabethan dan awal Jacobean.

Kini, penggunaan garpu masih dianggap sebagai kurang sopan dan kurang ajar di beberapa wilayah di Thailand. Walaupun etika penggunaan garpu telah diterima secara meluas pada zaman kita sekarang, namun masih terdapat sesetengah masyarakat kita yang lebih gemar makan dengan menggunakan tangan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here