Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan negara kita Malaysia tidak terkecuali untuk mempunyai bendera yang tersendiri. Ia juga adalah umpama simbolik kepada penghormatan, martabat dan nasionalisme yang sangat tinggi.

Asalnya sebelum digelar sebagai bendera Malaysia, bendera negara kita dikenali sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan dikibarkan secara rasmi pada tarikh 31 Ogos 1957 di Padang Kelab, Selangor seiring berkumandang dengan Lagu Negaraku.

Pada tarikh 16 September 1963, bendera Malaysia pula berkibar buat kali pertama apabila terdapat perubahan pada jalur merah dan putih jumlah sebanyak 14 jalur semuanya selepas penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

Namun pada tahun 1965 selepas Singapura keluar daripada Malaysia, jalur merah dan putih dalam bendera Malaysia tidak mempunyai sebarang perubahan cuma 13 jalur melambangkan 13 negeri dan 1 jalur adalah simbolik kepada kerajaan persekutuan.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri Malaysia pada waktu itu mengumumkan bahawa nama bagi bendera Malaysia adalah Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Pernahkah anda terfikir tentang bagaimana bendera Persekutuan Tanah Melayu ini tercipta dan siapakah yang menciptanya? Kisah tentang bagaimana asal usul wujudnya bendera Persekutuan Tanah Melayu ini datang dari satu pertandingan mereka cipta bendera kebangsaan dalam bulan Mei 1948.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut dan kesemua hasil karya mereka telah melalui proses pertimbangan serta pemilihan.

Pada tarikh 15 November 1949, hanya 3 reka bentuk bendera sahaja yang terpilih dan berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan tersebut. Daripada 3 reka bentuk itu, 1 daripadanya telah mendapat undian majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada tarikh 22 dan 23 Februari 1950.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Satu reka bentuk bendera yang terpilih daripada tiga yang tinggal di peringkat akhir pertandingan itu adalah hasil rekaan daripada Encik Mohamed Bin Hamzah yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Encik Mohamed Bin Hamzah

Mohamed Bin Hamzah telah meninggal dunia dan beliau menghembuskan nafas terakhir pada tarikh 19 Februari 1993, sebelum usianya genap 75 tahun di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Kisah Bagaimana Terciptanya Bendera Malaysia

Lakaran asal bendera Malaysia

Untuk makluman anda, reka bentuk asal bendera ciptaan Mohamed Bin Hamzah sebenarnya telah dibuat beberapa pindaan. Ianya seperti bulan sabit dan dan bintang yang asalnya berwarna putih ditukarkan kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja.

Rujukan:

  • Bendera Kita Jalur Gemilang, Penerangan Malaysia, hal. 2 – 4.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here