Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah satu mercu tanda yang cukup dikenali untuk bandaraya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.

Bangunan ini mengambil nama sempena nama Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4) yang memerintah negeri Selangor selama lebih kurang 39 tahun sejak dari tahun 1857.

Terdapat beberapa peristiwa cukup bersejarah yang pernah berlaku di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada tarikh 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan serta dikibarkan.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Ia mula dibina sejak pada tahun 1893 dan perletakan batu asas untuk pembinaan bangunan ini dibuat pada tarikh 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat pada waktu itu.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Setelah beberapa tahun kerja-kerja pembinaan dijalankan, akhirnya bangunan ini siap telah dibina dan telah siap sedia untuk digunakan dalam pada tahun 1897.

Bangunan Sultan Abdul Samad punya bentuk saracenic yang merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Terdapat 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini memperkuatkan lagi kenyataan tersebut.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Pada peringkat awal pembinaan, ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun kini ia telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh seorang arkitek dari British bernama A.C. Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Dengan kos sebanyak $152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan secara tidak langsung, ia adalah merupakan bangunan yang paling mahal di rantau ini pada waktu ia didirikan.

Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824 dan tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina di Brickfields bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India dan para pekerja kebanyakannya terdiri daripada kaum India. Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh). Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.

Dalam sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan ia telah siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM17.2 juta.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Pada ketika itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982.

Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).

Dalam tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara.

Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad Di Kuala Lumpur

Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke 4)

Oleh yang demikian, nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor ke 4 yang memerintah negeri Selangor sejak tahun 1857 hingga 1898 iaitu Sultan Abdul Samad.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here