Kisah Dan Asal Usul Moto Berkhidmat Untuk Negara

Pada tarikh 1 Januari 1979 yang lalu, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu iaitu Tan Sri Abdullah Ayub telah melancarkan Etika Perkhidmatan Awam yang mana pelancaran tersebut telah disiarkan secara langsung melalui siaran radio dan televisyen di seluruh Malaysia.

Etika Perkhidmatan Awam yang dilancarkan ini sebenarnya adalah salah satu usaha pihak kerajaan untuk menimbulkan kesedaran kepada pihak kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang jujur, amanah, cekap dan berkesan.

Etika yang diperkenalkan ini dijadikan sebagai panduan asas kepada semua pihak kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas hakiki untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sewaktu dalam ucapan Tan Sri Abdullah Ayub semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut, beliau telah menyeru kepada semua pegawai-pegawai kerajaan supaya menganggap tahun 1979 adalah sebagai tahun permulaan zaman merenung dan memeriksa diri sendiri berasaskan nilai-nilai yang menjamin wujudnya perkhidmatan awam yang cekap, bersih dan berkeperibadian tinggi.

Kisah Dan Asal Usul Moto Berkhidmat Untuk Negara

Tan Sri Abdullah Ayub

Dalam ucapan Tan Sri Abdullah Ayub lagi, beliau ada menerangkan tentang tujuh teras untuk seorang kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam untuk mencapai tahap perkihdmatan cemerlang. Antaranya adalah seperti yang tertera dibawah:

  1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  2. Bekerja dengan penuh bertanggung-jawab
  3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  4. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  6. Bekerjasama dalam membanteras kelamahan dan musuh-musuh negara
  7. Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sempena dengan pelancaran Etika Perkhidmatan Awam ini, pihak kerajaan juga telah memilih moto perkhidmatan awam sebagai “Berkhidmat Untuk Negara” kerana dikehendaki berkhidmat untuk negara dan bukan lagi kepentingan sesuatu pihak, kaum atau individu.

Adalah menjadi satu kewajipan buat seorang individu yang dilantik menjadi pegawai kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang jujur, cemerlang, cekap, berkesan, amanah lantas seiring dengan berpandukan kepada congan kata atau moto “Berkhidmat Untuk Negara“.

Kisah Dan Asal Usul Moto Berkhidmat Untuk Negara

*gambar hiasan

Dengan pelancaran Etika Perkhidmatan Awam yang dilancarkan pada 1 Januari 1979 itu, semua golongan yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam diharap dapat mengekalkan prestasi yang baik dengan memberikan perkhidmatan dengan lebih jujur, amanah, cekap dan berkesan kepada rakyat.

Sumber dan rujukan:

  • Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang – 13
  • Utusan Malaysia – 2 Januari 1979

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

55 + = 62