Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Bangunan Dato’ Jaafar ialah merupakan kediaman rasmi untuk Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato’ Jaafar bin Muhammad. Bangunan ini dibina dalam tahun 1893 dan terletak di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru.

Bangunan ini kemudiannya telah dijadikan sebagai Muzium Tokoh yang bukan sahaja kaya dan penuh dengan kisah sejarah malah mempunyai daya tarikan yang tersendiri berikutan lokasinya yang strategik serta seni bina bangunannya yang amat menarik.

Bangunan ini terletak di atas Bukit Senyum di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru. Tanah di kawasan Bukit Senyum telah dipilih oleh Dato’ Jaafar dan dipersembahkan kepada Sultan Abu Bakar untuk memiliki tanah tersebut.

Dikatakan baginda Sultan Abu Bakar hanya tersenyum sahaja sebagai tanda setuju apabila mendengar permintaan Dato’ Jaafar. Atas perkenan baginda Sultan Abu Bakar, maka Dato’ Jaafar menamakan bukit ini sebagai Bukit Senyum.

Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Keluasan kawasan ini adalah 100 ekar. Pada masa ini, terdapat beberapa buah bangunan dan jalan yang berada di sekitar bangunan. Antaranya ialah Depoh Polis, Sekolah Vokasional, Sekolah Menengah Dato’ Jaafar, Stor Telekom Kondominium mewah Astaka Padu.

Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Jalan yang terdapat disekitarnya adalah Jalan Yahya Al Datar, Jalan Storey, Jalan Tebrau, Jalan Stulang Darat dan sebuah lebuh raya (Lebuh Raya Lingkaran Dalam) yang merupakan laluan utama penghubung pintu masuk Malaysia – Singapura.

Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Reka bentuk bangunan ini menyerupai bentuk bangunan keluarga DiRaja Inggeris iaitu Hardwick Hall dan Mahligai Matlock di Jajahan Derby atau Derbyshire, di England. Ia dibina setinggi tiga tingkat dan mempunyai menara di setiap empat penjuru bangunan.

Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Fungsi bangunan ini sering berubah mengikut peredaran zaman termasuklah pernah dijadikan Maktab Perguruan Bahasa, markas tentera Jepun dan Inggeris, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan (KEMAS).

Kisah Disebalik Bangunan Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor Yang Pertama

Terkini bangunan tersebut teah diserahkan kepada Yayasan Warisab Johor(YWJ) untuk dibangunkan sebagai muzium tokoh beberapa tahun yang lalu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here