Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor

Pada tarikh 5 Februari 1953, satu upacara meletakkan batu asas sekolah Princess Elizabeth Johor Bahru untuk kanak-kanak buta telah dijalankan oleh Yang Teramat Mulia Ungku Tun Aminah.

Sebenarnya pendidikan untuk kanak-kanak buta di Johor ini telah bermula sejak pada tahun 1948 lagi apabila tiga orang kanak-kanak buta telah ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat untuk diasuh dan diajar.

Usaha ini telah menggerakkan kerajaan untuk membina sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak buta. Pada akhir tahun 1948, Sir Edward Gent iaitu seorang pesuruhjaya tinggi British telah mencadangkan agar baki derma perkahwinan Princess Elizabeth dan Price Philips pada tahun 1947 itu digunakan untuk membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak buta.

Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh semua pihak dengan syarat sekolah tersebut hendaklah dinamakan sebagai Sekolah Princess Elizabeth dan namanya kekal digunakan sehingga ke hari ini.

Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor

Sir Edward Gent

Pembinaan bangunan batu untuk Sekolah Princess Elizabeth siap dibina pada tahun 1954. Sekolah Princess Elizabeth dikategorikan sebagai sekolah berasrama penuh dan boleh memuatkan 100 orang kanak-kanak.

Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor

Pada waktu itu, Sekolah Princess Elizabeth berada dibawah pentadbiran Kementerian Kebajikan Masyarakat sehingga pada tahun 1959. Pada tahun 1960, pentadbiran telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan diletakkan di bawah bahagian pelajaran khas.

Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor

Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad

Kanak-kanak buta yang ditempatkan di Sekolah Princess Elizabeth ini diberikan pendidikan rendah dari darjah satu sehingga darjah enam sama seperti kanak-kanak yang normal di sekolah kebangsaan.

Apa yang menjadi perbezaan antara keduanya adalah mereka di Sekolah Princess Elizabeth sepenuhnya menggunakan huruf Braille untuk belajar. Selain menulis dan membaca, mereka juga diajar untuk menghasilkan kraftangan.

Antara seni kraftangan yang dipelajari adalah seperti anyaman dan bertukang kayu. Ada juga kanak-kanak buta yang melibatkan diri dengan kegiatan lain seperti seni muzik, sukan dan urusan rumah tangga.

Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor Kisah Disebalik Perletakan Batu Asas Sekolah Princess Elizabeth Di Johor

Dengan terbinanya Sekolah Princess Elizabeth ini, sesungguhnya ia memberi impak positif dengan memberi harapan yang lebih cerah kepada kanak-kanak buta khususnya dalam bidang pelajaran.

Rujukan:

  • Utusan Melayu, 6 Februari 1953, hal. 3
  • Straits Times, 6 Februari 1953, hal. 7
  • Gambar dari Penerangan, warisanpermaisuri.blogspot.com

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 2 = 8