Kisah Disebalik Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan

Pada tarikh 11 Mac 1959, Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan yang ada di Jalan Gurney telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad.

Tugu ini telah dibina untuk memperingati kira-kira 1,345 orang anggota polis tetap dan anggota polis tambahan yang telah terkorban dalam usaha menentang pengganas komunis.

Tugu ini juga sebagai simbolik untuk mengenang jasa anggota pasukan pengawal keselamatan dalam negeri yang turut terkorban semasa menjalankan tugas.

Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan ini telah dibina dengan kos $160,000. Ia dibina dengan hasil kutipan derma daripada setiap anggota dan kakitangan pasukan polis, Persatuan Penanam-Penanam Getah Malaya, Dewan Perniagaan Pelombong Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan juga dengan bantuan daripada pihak kerajaan.

Cerita Disebalik Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan

Tinggi Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan ini adalah setinggi 25.9 meter dan terdapat lencana Pasukan Polis Diraja Persekutuan yang berwarna perak di bahagian atas dindingnya.

Sementara di bahagian bawah terdapat sekeping gangsa yang menunjukkan gambar-gambar enam rupa bangsa iaitu melayu, cina, sikh, punjabi, india dan eropah yang berkhidmat dalam pasukan polis.

Di tembok sebelah kanan pula tertulis ayat “Mereka Yang Terkorban Kerana Negara” dan berbaris dari kiri ke kanan lambang-lambang kebesaran 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Empat batang tiang bendera telah dipacakkan di kawasan tersebut kerana untuk kegunaan dalam mana-mana upacara yang diadakan dalam memperingati perwira negara yang telah gugur ini.

Cerita Disebalik Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan

Lokasi berdirinya Tugu Peringatan Polis Diraja Persekutuan ini adalah di Pusat Lahihan Polis, Jalan Semarak di Kuala Lumpur. Sebagai simbolik penghormatan bagi memperingati mereka yang terkorban bukan sahaja semasa era darurat tetapi juga semasa menjalankan tugas semenjak Badan Penguasa Undang-Undang ditubuhkan di dalam Negeri-negeri Tanah Melayu.

Rujukan:

  • Berita Harian, 11 Mac 1959, hal. 5
  • Utusan Melayu, 12 Mac 1959, hal. 1
  • Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) Official FB Page

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here