Kisah Jepun Paksa Rakyat Bertani Di Johor

Dalam tahun 1942 sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pentadbiran Jepun di negeri Johor pernah mengeluarkan arahan supaya kakitangan Kerajaan untuk bercucuk tanam.

Arahan keras ini telah dikeluarkan atas alasan kekurangan sumber makanan dan kadar inflasi yang amat tinggi melanda negara pada waktu itu. Dalam masa yang sama, pihak Jepun juga mengharapkan dapat memberi contoh yang baik kepada seluruh rakyat di Tanah Melayu.

Tidak pelik apabila dikatakan bahawa arahan keras daripada pihak Jepun ini adalah berbentuk paksaan kepada semua kakitangan kerajaan. Mereka yang bekerja dengan pihak kerajaan diwajibkan untuk bertani sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.

Jadual mereka bertani juga turut disediakan dan ada sedikit kelonggaran yang kita dapat lihat walaupun ia berbentuk paksaan. Pejawat awam wajib bercucuk tanam tidak kira pada waktu pagi sebelum ke pejabat atau pada waktu petang selepas kelas bahasa Jepun.

Mereka yang engkar dengan arahan ini akan dipotong catuan beras mereka dan jenis tanaman yang telah disyorkan oleh pihak Jepun kepada mereka yang terlibat adalah jenis yang dapat keluarkan hasil yang cepat seperti ubi kayu dan sayur-sayuran.

Selain kakitangan kerajaan, rakyat di negeri Johor juga tidak terlepas dari arahan keras pihak Jepun ini. Rakyat di negeri Johor juga dipaksa untuk bercucuk tanam setiap hari.

Setiap orang termasuk perempuan, kanak-kanak akan dipaksa untuk mengusahakan kebuan seluas satu hektar untuk setiap seorang. Mereka yang engkar akan dianggar sebagai musuh Jepun dan akan dikenakan hukuman yang berat.

Kisah Jepun Paksa Rakyat Bertani Di Johor

Pihak Jepun juga telah memperkenalkan sistem pertanian berkelompok. Dalam sistem ini, berpuluh-puluh orang akan dipaksa untuk membuka kawasan baru untuk dijadikan sebagai kawasan tanah pertanian.

Sebagai satu contoh sebuah kawasan di Endau telah dibuka dan dikenali sebagai New Syolan Colony yang mana ia telah dikhaskan untuk penempatan semula buat orang-orang Cina dari Singapura.

Walaupun begitu, objektif arahan keras dan paksaan ini tidak begitu berjaya dan tidak berkesan. Orang di negeri Johor dan juga di Tanah Melayu terus menerus menghadapi masalah kekurangan makanan sehinggalah tamat pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Rujukan

  • Arkib Negara, Johor
  • Ghazali Mahyudin, Johor semasa dalam pendudukan Jepun 1942 – 1945 hal. 76.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here