Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Pada tanggal 6 Oktober 1951, telah terjadinya peristiwa serang hendap yang meragut nyawa Sir Henry Lovell Goldsworth Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British yang menandakan kemuncak pemberontakan komunis di Tanah Melayu.

Peristiwa serang hendap itu berlaku ketika Sir Henry Gurney bersama-sama dengan konvoinya dalam perjalanan menuju ke Bukit Fraser.

Meskipun peristiwa pembunuhan Sir Henry Gurney ini diceritakan kepada masyarakat hingga dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran sejarah di sekolah-sekolah, namun kisah pembunuhannya amat jarang dibicarakan.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Malah fail kes pembunuhan Sir Henry Gurney yang disimpan di The National Archives, London juga tidak mempunyai sebarang dokumen mengenai pembunuhnya. Namun begitu, pembunuh Sir Henry Gurney itu akhirnya dapat ditumpaskan selepas 8 tahun kejadian berdarah itu terjadi.

Pada hari yang malang tersebut, Sir Henry Gurney bersama Lady Gurney dan Setiausaha Sulit beliau, D.J Staples telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada jam 10.45 pagi, iaitu sepertimana yang telah dijadualkan.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Mereka menaiki sebuah kereta Rolls Royce, iaitu kenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British. Kenderaan mereka diiringi oleh pasukan polis pengiring yang menaiki sebuah Range Rover.

Sebaik sahaja tiba di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Baru – Pahang yang dikenali sebagai The Gap, lebih kurang pada jam 1 tengahari, rombongan Sir Henry Gurney telah diserang hendap.

Diceritakan bahawa sebaik sahaja kenderaan mereka dihujani oleh peluru, Sir Henry Gurney telah bertindak keluar dari kereta, lalu cuba untuk mencari arah tembakan dilepaskan.

Setelah beberapa saat kemudian, malangnya beliau sendiri menjadi mangsa peluru yang dilepaskan oleh pengganas komunis yang bersembunyi di sebalik rimbunan hutan hijau di sekitar kawasan tersebut.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Menurut keterangan dari polis bantuan yang tiba di tempat kejadian selepas keadaan tenang, pemandu Sir Henry Gurney ditemui meniarap di sisi kereta Rolls Royce dengan kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Sementara Sir Henry Gurney yang keluar dari kereta pula telah ditemui mati tertiarap tidak bernyawa di dalam longkang yang terletak berhampiran dengan kereta beliau.

Manakala Lady Gurney dan D.J Staples ditemui dalam keadaan selamat di dalam kereta berkenaan tanpa sebarang kecederaan, sementara tujuh orang konstabel polis dari pasukan pengiring ditemui dalam keadaan cedera.

Semua mangsa yang meninggal dan cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Hasil bedah siasat mendapati bahawa Sir Henry Gurney menemui ajalnya akibat kecederaan yang amat parah di kepala. Sebutir peluru telah dikeluarkan dari jasad Pesuruhjaya Tinggi British itu.

Siu Mah adalah nama komander yang mengetuai kumpulan komunis yang menyerang konvoi Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 dan menyebabkan kematiannya.

Siu Mah telah dilahirkan sekitar tahun 1919 dan merupakan seorang tukang masak serta penoreh getah sebelum menyertai pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya.

Sewaktu penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, masyarakat cina mendapat layanan yang begitu dasyat dari askar negara matahari terbit itu.

Maka atas desakan itu, Siu Mah telah menyertai MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) sebuah pertubuhan yang menentang pencerohohan Jepun dan berpusat di Johor.

Siu Mah telah diangkat sebagai komander pada tahun 1949 dan beliau memimpin sebuah pasukan pemberontak bersenjata seramai 200 orang. Pada tahun tersebut juga beliau bersama anggota pasukannya telah bergerak dari Johor ke Pahang dengan misi menimbulkan kekacauan di negeri tersebut.

Antara keganasan yang dilakukan oleh Siu Mah dan pasukannya ialah serangan ke atas kenderaan yang membawa Pegawai Daerah Bentong, A. D. Stutchbury.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Dalam kejadian tersebut, isteri Pegawai Daerah Bentong berkenaan bersama seorang penterjemah telah ditawan, sementara Stutchbury bersama seorang lagi pembantu dapat meloloskan diri.

Isteri Stutcbury dan penterjemah yang berjaya ditawan oleh pasukan pemberontak itu kemudiannya dilaporkan telah dibunuh atas arahan Siu Mah.

Serangan ke atas konvoi Sir Henry Gurney pula walaubagaimanapun dipercayai berlaku tanpa dirancang, kerana pihak polis telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kebocoran maklumat tentang jadual perjalanan Pesuruhjaya Tinggi British itu.

Sebaliknya peristiwa pembunuhan Sir henry Gurney itu berlaku kerana secara kebetulan pasukan komunis itu terlihat kenderaan mewah yang dihiasi oleh bendera yang pastinya membawa orang kenamaan.

Oleh kerana itu, anggota konvoi Sir Henry Gurney telah menjadi mangsa keganasan pasukan pemberontak komunis pada hari malang tanggal 6 Oktober 1951, sekitar jam 1 tengahari.

Setalah hampir 8 tahun lamanya perisikan yang dilakukan, pihak inggeris akhirnya dapat mengenal pasti Siu Mah sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Sir Henry Gurney.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Bermula pada 19 Februari 1959, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan bagi memburu Siu Mah dan pasukannya. Hampir sejumlah 4000 anggota tentera, polis, Home Guard dan unit bersenjata yang lain di bawah arahan Brigidier H.G Mogg telah ditugaskan untuk melaksanakan misi tersebut.

Dalam tempoh menjadi buruan itu, pasukan Siu Mah menjadi semakin lemah, kerana mereka terputus bekalan makanan kerana mereka tidak boleh berada lama di satu-satu kawasan.

Pasukan yang diketuai oleh Siu Mah juga semakin mengecil dan akhirnya pasukan mereka hanya tinggal bertiga, iaitu Siu Mah sendiri dan dua orang lagi anggota pasukan yang bertindak sebagai pengawal peribadinya iaitu Chow Yoon dan Thin Yong.

Setelah beberapa waktu hidup dalam buruan tanpa bekalan makanan, Siu Mah dan aggotanya mengambil keputusan untuk berundur ke kawasan yang hampir dengan Ipoh. Di tempat itu, mereka menjadikan sebuah gua sebagai tempat untuk berlindung.

Tanpa Siu Mah sedari, kedua-dua pengawal peribadinya sebenarnya telah merancang untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa. Kedua-dua pengawal peribadinya itu berpakat untuk keluar dari tempat persembunyian dengan alasan keluar mencari makanan.

Kisah Pembunuh Sir Henry Gurney

Chow Yoon dan Thin Yong kemudiannya telah menyerah diri di Balai Polis Ipoh Tengah. Mereka berdua juga telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menangkap Siu Mah. Pada keesokan harinya, operasi menangkap Siu Mah berakhir dengan komander Parti Komunis Malaya itu mati ditembak oleh pihak berkuasa.

Rujukan:

  • Assasination of Sir Henry Gurney, Co537/7283. The National Archives.
  • Gurney’s Killer Dies ( 10 Mac 1959), The Straits Times, p. 1
  • Off: Man who saw Sir Henry Killed (31 July 1960), The Straits Times, p. 4
  • Sir Henry Gurney is Buried with other victims ( 9 Oktober 1951), The Straits Times, p. 7
  • Sir Henry Gurney killed – He Drew bandit Fire ( 7 Oktober 1951), The Straits Times, p. 1
  • Siu Mah: The Killer of Sir Henry Gurney (10 Mac 1959), The Straits Times, p. 6
  • The Man who was in Gurney’s Car…( 10 Mac 1959), The Straits Times, p. 7
  • Harith Faruqi Sidek http://harithsidek.blogspot.com/2013/05/pembunuh-sir-henry-gurney-siu-mah.html

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

57 − = 55