Kisah Penubuhan Pasukan Polis Di Kelantan

Semasa Perjanjian Inggeris dengan pihak Siam ditandatangani dalam tahun 1909, dikatakan negeri Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu seramai 268 orang di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja.

Dalam masa yang sama, terdapat lebih kurang 60 orang anggota Polis Sikh yang dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police) dan mereka berperanan sebagai anggota kawalan dan pengiring.

Dalam tahun 1910, G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dan diberikan tugas untuk menyusun semula Pasukan Polis di negeri Kelantan.

kelantan

Pada masa itu juga, Polis Tentera telah diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga telah dibentuk untuk melahirkan pasukan Polis yang berwibawa. Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Bermula pada tahun 1910, jawatan Penguasa Polis telah ditukar kepada Ketua Pegawai Polis dan G. Cullen telah mengetuai pasukan polis Kelantan selama 3 tahun dan telah banyak membantu memajukan pasukan tersebut.

kelantan2

G. Cullen kemudian telah digantikan dengan Kapten Tomlison dan beliau hanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Polis selama setahun. Pada 28 April 1913, Kapten Tomlison telah digantikan dengan Kapten H.A. Anderson.

kelantan3

Di bawah pimpinan Kapten Anderson, beliau telah memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau telah diminta untuk membantu mengaturkan dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan.

006

Namun begitu, pada tahun 1915 Kapten Anderson telah meninggalkan Tanah Melayu kerana ingin menganggotai semula Angkatan Tentera. Walaubagaimanapun, perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera tidak lama kerana beliau jatuh sakit.

Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di Kelantan terutamanya di Pasir Putih. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dikatakan telah dibunuh oleh kumpulan Tok Janggut.

Kebangkitan itu dapat dipatahkan oleh pihak Inggeris yang mendapat bantuan polis Singapura. Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terus menetap di Kota Bharu.

Semasa pendudukan Jepun, beliau telah ditahan di Singapura dan selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di sana pada tarikh 24 Januari 1955.

Selepas kematian Kapten Anderson, kedudukannya telah digantikan dengan D. Hillary dan kemudian E.C. Tidy seterusnya E.W. Mumford. Sebelum perang dunia kedua berlaku, Kekuatan Pasukan Polis Kelantan ialah seramai 388 anggota.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here