Kisah Penubuhan Pasukan Polis Di Negeri Sembilan

Setelah sistem Residen diperkenalkan dalam tahun 1875 di Sungai Ujong, seorang Penolong Residen, iaitu Kapten Tatham telah ditempatkan di sana dan perlantikan itu hanyalah untuk sementara dan beliau kemudian, beliau digantikan dengan Kapten P.J. Murray, R. N.

Kapten P.J. Murray, R. N. adalah individu yang bertanggungjawab dalam membentuk pasukan polis di Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Walaupun pasukan polis ini kecil, tetapi organisasinya sememangnya kemas dan disusun dengan rapi serta dirancang dengan teliti.

Pasukan polis Sungai Ujong kebanyakannya dianggotai oleh kaum Sikh. Tugas Polis pada waktu itu adalah bercorak ketenteraan sementara anggota Melayu ditugaskan sebagai pemungut hasil.

Kebanyakan balai polis yang terawal didirikan di sekitar kawasan Negeri Sembilan ini akan dilengkapi dengan kubu-kubu terutamanya di kawasan daerah-daerah yang terpencil.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Dalam satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi berdekatan Kuala Pilah dalam pada tahun 1875 iaitu kejadian yang mana tercetusnya Peperangan Bukit Putus.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Dalam kejadian tersebut, sekumpulan orang melayu mula bangun menentang penjajah British dan malangnya pihak polis telah menumpaskan mereka di Bukit Putus pada Disember 1875.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Pasukan tentera yang sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Gurkha datang dari Melaka dan telah ditugaskan oleh Birtish untuk mematahkan penentangan tersebut.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W.W .Douglas (1881). Jawatannya dikenali sebagai Penguasa polis dan penjara, Sungai Ujong.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Menjelang tahun 1880, pasukan polis Sungai Ujong dianggotai oleh 100 anggota yang mana kebanyakannya adalah orang-orang Melayu dan beberapa orang Jawa yang boleh dikira.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Dalam tahun 1889, seorang Inspektor Eropah bernama Hennesey telah ditukarkan dari Jelebu ke Sungai Ujong dan dalam tahun 1890, kekuatan pasukan polis ini terdiri daripada 36 orang Melayu dan 13 orang Sikh.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Anggota pasukan ini meningkat ke 66 orang melayu dan 20 Sikh dalam tahun 1892. Pada tahun 1891 Douglas menyerahkan kepimpinan pasukan polis Sungai Ujong kepada H.W. Bathurst yang kemudiannya digantikan oleh F. W .Talbot tidak lama kemudiannya.

sejarah penubuhan pasukan polis negeri sembilan

Semasa pimpinan Talbot kedua-dua pasukan polis yang wujud di Negeri Sembilan ini disatukan dibawah satu pentadbiran. Pasukan Polis Negeri Sembilan ini kemudiannya berkembang pesat sehinggalah bergabung dengan pasukan polis negeri-negeri melayu Bersekutu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here