Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Nama Mimaland mungkin akan kedengaran satu perkara yang baru buat generasi hari ini berikutan dengan kegemilangannya yang sudah sampai ke penghujung hayat apabila ditutup lebih 2 dekad yang lalu.

Taman tema Mimaland adalah sebuah taman tema yang amat popular di negara kita satu ketika dahulu sewaktu zaman kegemilangannya dan lokasinya terletak di Gombak, Selangor

Taman tema Mimaland telah dibuka buat pertama kalinya kepada orang awam dalam tahun 1975. Namun taman tema ini terpaksa ditutup setelah 19 tahun beroperasi.

Mimaland adalah nama singkatan kepada Malaysia In Miniature Land. Kawasan taman tema Mimaland ini mula dibina sejak dalam tahun 1971 lagi dan ia telah dibina di atas sebuah tanah berkeluasan 300 ekar yang berbukit di Ulu Gombak.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Ia dibina dan telah dibuka secara berperingkat dan mengikuti fasa-fasa yang telah dirancang. Sebanyak 24 buah motel dan 5 buah chalet yang dilengkapi dengan kolam renang siap dalam fasa pertama.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Pada peringkat awal, tarikan utama Mimaland adalah taman haiwan prasejarah. Disana ferdapat pelbagai binaan dan patung-patung dinosaur yang sangat besar dari segi saiz yang mana telah menjadi tumpuan orang ramai.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Lokasi tersebut telah menjadi tumpuan sehinggakan ia telah digunakan sebagai lokasi penggabaran untuk beberapa buah filem tempatan termasuklah Filem Mekanik (1983), Gila-Gila Remaja (1986), Tempo 88 (1987), Dendang Perantau (1979) dan Suara Kekasih (1983).

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Selepas 9 tahun Mimaland beroperasi, pihak pengurusan telah membuka satu kolam renang baru untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Mimaland. Pada waktu itu, kolam renang tersebut dikatakan sebagai kolam renang yang paling besar di Asia Tenggara.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Satu kejadian buruk yang tidak diingini telah berlaku dalam bulan Januari 1993 dan peristiwa tersebut telah menjejaskan repotasi baik buat Mimaland.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Peristiwa buruk berkenaan adalah berkenaan dengan seorang pengunjung warganegara Singapura yang berusia 27 tahun telah maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Insiden ini telah mengejutkan orang ramai dan pihak Mimaland telah mengambil langkah dengan menutup lokasi yang terlibat untuk tujuan penambahbaikan terutamanya untuk keselamatan.

Selepas pengubahsuaian dilakukan, ia dibuka kembali kepada orang ramai namun satu tragedi yang lebih buruk telah melanda dan telah menjadi satu mimpi ngeri buat pengurusan Mimaland dan pengunjung yang datang.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Dalam bulan Mei 1994, kejadian tanah runtuh telah menyebabkan dinding kolam renang yang sama mengalami kerosakan. Tanah runtuh tersebut telah membuatkan air lumpur memenuhi ruangan kolam renang dan kawasan tersebut terus ditutup kepada para pengunjung.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Berikutan dengan beberapa kejadian yang tidak diingini ini, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan telah mengheret pihak pengurusan Mimaland ke muka pengadilan di atas beberapa dakwaan.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Antaranya termasuklah kelemahan kawalan keselamatan yang menjadi punca kepada pelbagai masalah. Pihak mahkamah mengarahkan Mimaland agar tidak meneruskan operasi ketika kes dibicarakan.

Mimaland yang tidak beroperasi tidak mampu bertahan untuk menampung segala kos dan akhirnya terpaksa ditutup secara kekal dalam tahun 1994. Sejak itu, tapak lokasi taman tema ini semakin terbiar dan menjadi seperti hutan yang menyeramkan.

Kisah Penutupan Mimaland, Taman Tema Pertama Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here