Kisah Sarjan Korom Menentang Penjajah Di Sabah

Sarjan Korom berasal dari suku kaum Murut. Namun sayangnya, perjuangan dan pengorbanan Sarjan Korom semakin dilupakan dari ingatan generasi baru hari ini dalam negara kita.

Individu hebat yang bernama Sarjan Korom ini berasal dari Kampung Sumatalun dalam daerah Pensiangan di kawasan pedalaman Sabah. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Murut yang sangat terkenal pada zaman penjajahan Jepun.

Beliau juga turut dikatakan memiliki ilmu kebatinan yang sangat tinggi. Menurut cerita lisan masyarakat tempatan, Sarjan Korom menerima kekuatan yang luar biasa sejak beliau sedang tidur di atas rumpun bambu.

Sewaktu beliau sedang nyenyak tidur, tiba-tiba muncul seorang wanita yang sangat cantik dan menawarkan kepadanya sebuah kuasa sakti akan tetapi dengan syarat beliau harus memperisterikan wanita tersebut.

Sarjan Korom amat digeruni oleh musuh kerana ilmu batinnya yang sangat luar biasa. Tambahan lagi, Sarjan Korom pernah diseksa dengan pelbagai jenis seksaan oleh pihak Jepun, antaranya sebatan sehinggalah ditarik sambil diikat dengan jip.

Peliknya, dikatakan tiada satu pun dari semua seksaan dapat melukakan badan Sarjan Korom. Beliau juga dikatakan pernah dikenakan hukuman pancung akan tetapi pedang milik Jepun dikatakan tidak mampu menembusi lehernya.

Kisah Sarjan Korom Menentang Penjajah Di Sabah

Antara penentangan yang pernah dilakukan oleh Sarjan Korom adalah dengan mengetuai satu serangan yang dilakukan ke atas pihak Jepun. Mereka menyerang markas tentera Jepun sehingga beliau berjaya membebaskan 500 orang tentera British yang berada dalam tahanan Jepun.

Beliau juga pernah menyusup masuk ke Pulau Berhala untuk membebaskan dua pegawai tinggi British. Sarjan Korom pernah menerima anugerah pingat Victoria Cross sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangannya dalam membebaskan dua pegawai tinggi British yang dikurung di Pulau Berhala.

Sarjan Korom juga merupakan salah seorang daripada individu yang dijemput oleh pihak British untuk menerima pingat penghargaan di London pada tarikh 17 Jun 1946.

Sarjan Korom meninggal dunia pada tahun 1960 di Pensiangan Sabah kerana sakit. Kawasan kubur Korom dikatakan memiliki kuasa mistik yang agak kuat kerana dikatakan sekiranya ada binatang seperti tikus yang memasuki kawasan kuburnya pasti akan mati serta-merta.

Kisah Sarjan Korom Menentang Penjajah Di Sabah

Sejarah penglibatan Sarjan Korom dalam peperangan Dunia Kedua, dikatakan telah banyak membantu tentera British dan Australia (Tentera Bersekutu) dalam membebaskan tahanan perang Tentera Bersekutu yang diseksa oleh tentera Jepun.

Kehebatan Sarjan Korom yang tidak mampu dibuat oleh orang lain adalah dengan memasuki kem musuh tanpa disedari. Korom ibarat pahlawan yang tak pernah didendang sedangkan jasanya terlalu tinggi nilainya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

12 + = 16