Kisah Sungai Muda, Sungai Terpanjang Di Kedah

Sungai Muda adalah merupakan sungai yang paling panjang di negeri Kedah dan semua orang tahu bahawa negeri Kedah Darul Aman ini terletak di utara semenanjung Malaysia.

Sungai yang dinamakan sebagai sungai Muda ini berukuran sepanjang 178 kilometer dan ia melalui pelbagai daerah di dalam negeri Kedah seperti Baling, Sik dan Kulim dan Kuala Muda.

Sungai ini juga dijadikan sebagai sempadan di antara dua negeri iaitu sepadan negeri Kedah dengan negeri Pulau Pinang. Sungai Muda ini juga adalah antara merupakan salah satu sumber air buat Pulau Pinang dan ia juga menjadi punca pengairan buat penanaman padi di kawasan ini.

Kisah Sungai Muda, Sungai Terpanjang Di Kedah

Uniknya, sungai Muda ini juga dipercayai turut berada di dalam kawasan lingkungan kerajaan lama Hindu Buddha yang menapak di Lembah Bujang sekitar abad ke 3 Masihi.

Sejarawan percaya muara sungai ini yang lebar dan dalam pada suatu ketika dahulu membolehkan kapal-kapal pedagang singgah dan berlabuh di pelabuhannya sebelum meneruskan perjalanan mereka samada ke subbenua India di sebelah barat atau negeri China di sebelah timur.

Menurut catatan sejarah, sungai Muda juga turut menyaksikan satu pertempuran berdarah di antara Daeng Perani dan Raja Kechil. Daeng Perani ini adalah seorang bangsawan Bugis telah bersetuju membantu seorang putera raja dari negeri Kedah merebut takhta daripada adindanya.

Daeng Perani pernah menulis kepada Raja Kechil untuk membahagi-bahagikan tugas dan kawasan pengaruh bagi mengelakkan sengketa di antara mereka lebih-lebih lagi setelah Raja Kechil dikalahkannya sebelum ini sekitar tahun 1722 ketika konflik perebutan takhta Johor.

Kisah Sungai Muda, Sungai Terpanjang Di Kedah

Di negeri Kedah, sungai Muda amat penting terutamanya setelah sebuah empangan telah dibina di punca sungai ini sekitar Hulu Muda di bawah Rancangan Pengairan Muda yang dilancarkan semasa Rancangan Malaysia Kedua.

Rancangan pengairan ini bertanggung-jawab dalam membekalkan air secukupnya kepada petani-petani di sekitar kawasan ini yang dikenali sebagai jelapang padi negara.

Kawasan penanaman padi sekitar sungai Muda membekalkan kira-kira sejuta tan metrik beras pada setiap tahun atau 40% daripada keperluan beras Malaysia.

Kisah Sungai Muda, Sungai Terpanjang Di Kedah

Rancangan pengairan ini membolehkan penanaman padi dwimusim diamalkan dengan membekalkan air secukupnya ketika musim kemarau. Sungai Muda juga bertemu dengan Sungai Beris di lembah Sungai Beris yang sempit.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

1 COMMENT

  1. Mana syarif yg diPertuan yg kononnya memerintah benua siam kedah tu. Takkan tgk saja mcm2 peristiwa d negeri kedah sejak zaman berzaman. X ada pun dlm sejarah mana2 bangsa . Kalau sejarah rekaan mereka ada lah. Mereka tu pembesar siam saja, tp claim maharaja siam islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

9 + 1 =