Kisah Tangga Kenari 1,000 Tahun Di Kedah

Buat kepada mereka yang langsung tidak tahu tentang kewujudan Tangga Kenari 1,000 tahun ini, lokasinya berada dekat dengan Hutan Lipur Titi Hayun berdekatan dengan Yan, Kedah.

Tangga Kenari 1000 Tahun yang menghubungkan kaki gunung Jerai sehingga ke puncak gunung Jerai ini telah menjadikannya sebagai tempat yang wajib di kunjungi penggemar aktiviti outdoor.

Kisahnya Tangga Kenari 1,000 Tahun yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea daripada Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid selaku Menteri Besar ke 7 buat negeri Kedah.

Cetusan idea daripada beliau pada waktu itu tercetus setelah melihat kejayaan pasukan bola sepak negeri Kedah menjuarai liga bola sepak Malaysia.

Kisah Tangga Kenari 1,000 Tahun Di Kedah

Nama kenari ini sebenarnya adalah diambil bersempena dengan nama pasukan bola sepak Hijau Kuning negeri Kedah. Walaupun burung kenari tidak terdapat dalam logo asal pasukan, namun ia tetap mempunyai nilai sentimental buat para penyokong pasukan bola sepak negeri Kedah.

Kisah Tangga Kenari 1,000 Tahun Di Kedah

Tangga Kenari 1000 Tahun ini juga adalah sebagai inisiatif awal untuk melatih anak-anak tempatan Kedah supaya dapat menguasai pasukan bola sepak Hijau Kuning Kenari dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga pemain import.

Kisah Tangga Kenari 1,000 Tahun Di Kedah

Projek pembinaan tangga yang melalui lorong dan denai berliku dalam Hutan Simpan Gunung Jerai amat unik. Secara keseluruhan, jumlah anak tangga yang ada adalah 1,342 tangga.

Kisah Tangga Kenari 1,000 Tahun Di Kedah

Apa yang cukup membanggakan adalah ia dibina dengan tanpa melibatkan sebarang proses penebangan pokok-pokok balak yang ada di sepanjang laluan tangga tersebut.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here