Kisah Tragis Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan

Maarof Zakaria adalah merupakan seorang pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof.

Individu hebat yang semakin dilupakan generasi hari ini adalah merupakan bapa kandung kepada seorang pelakon veteran terkenal iaitu Allahyarham Datuk Mustapha Maarof.

Maarof adalah merupakan anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 – 23 Oktober 1973).

Antara yang lain adalah seperti bekas peguam serta pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 – 7 November 1991).

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Uniknya perjuangan Maarof Zakaria ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, beliau memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Bank Kebangsaan Melayu (Malay National Bank) adalah merupakan bank pertama khusus untuk orang Melayu ini terletak di Klang Street, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuh dengan bermodalkan 27 ekar tanah dan mempunyai 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu.

Semasa penubuhannya, bank asing yang beroperasi adalah The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada orang Melayu.

Oleh yang demikian, orang-orang Melayu pada waktu itu terpaksa berurusan dengan ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Kita dapat lihat dengan cukup jelas akan niat beliau iaitu jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya adalah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Pemikiran dan tindakan Maarof Zakaria yang begitu futuristik itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Terdapat beberapa pihak tertentu yang masih belum dikenal pasti menerusi proses siasatan telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof Zakaria supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.

Sekitar tahun 1947, Maarof Zakaria pernah cuba dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata api ketika mereka berpindah ke kediaman baru di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Malangnya, 10 bulan kemudian Maarof Zakaria ditemui mati digantung pada sebatang pokok di hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 4 Disember 1947.

Maarof Zakaria pada waktu itu berumur 43 tahun dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Jam tangan jenama Rolex dan wang dalam dompetnya tidak diambil oleh pembunuhnya.

Sebelum kejadian itu berlaku, beliau baru membeli sebidang tanah dusun yang dianggarkan seluas 0.8 hektar di kawasan bukit yang mempunyai dua unit rumah setingkat, terletak berhampiran Sekolah Melayu Seputeh (kini SK Taman Bukit Desa).

Ketika pembunuhan itu berlaku, anaknya Mustafa Maarof masih bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Ketika akhbar Berita Harian merancang untuk menulis laporan susulan menjelang genap 67 tahun kematian bapanya, pelakon veteran itu tenat dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir. Al-Fatihah.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Selepas menyiapkan laporan bersiri sebanyak tujuh episod, wartawan Berita Harian berkenaan berasakan masih berhutang dengan Allahyarham Mustapha kerana gagal membantu menunaikan hasratnya untuk melihat kes pembunuhan bapanya dirungkaikan.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Allahyarham mahu kematian bapanya dibela dan pihak yang bertanggungjawab diadili sekali gus membersihkan nama tokoh Melayu itu kerana ada tuduhan liar mengatakan beliau membunuh diri.

Beberapa fail dan rekod lama berjaya dikumpul, termasuk daripada Arkib Negara dan mereka sempat mengunjungi sanak saudara Maarof di kampung kelahirannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Mustapha pernah meluahkan rasa hatinya mahu melantik peguam berwibawa untuk menyemak dan mengkaji semula kes itu tetapi menghadapi kekangan kewangan dan kes itu dilihat agak rumit kerana berlaku sebelum zaman merdeka.

Bahkan, cubaan untuk mendapatkan rekod lama di balai polis Bentong juga gagal kerana dimaklumkan, fail lama yang disimpan di dalam stor musnah selepas dua kali terbakar.

Mustapha cukup yakin bapanya menjadi mangsa komplot pihak tertentu yang tidak mahu melihat tokoh Melayu bangkit terutama dalam bidang ekonomi kerana penubuhan Malay National Bank itu dilihat bakal menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Keluarganya percaya pihak yang cemburu dengan langkah berani Maarof mengambil tindakan drastik dengan menculik dan membunuh Maarof. Sewaktu hidupnya, arwah pelakon veteran itu juga pernah meluahkan isinya pada seorang wartawan MStar.

“Saya ni hilang kasih sayang. Kasih sayang isteri dan kasih sayang seorang ayah,” ujarnya.

Penulis bertanya, semasa kejadian, adakah apa-apa perasaan yang beliau rasakan?

Dengan pantas Mustapha berkata, dia tidak begitu merasai apa-apa kehilangan kerana usia yang masih kecil ketika itu.

Namun ketika sedang membesar, baharulah Mustapha merasai beliau sebenarnya kehilangan seorang ayah yang hebat iaitu pengasas sebuah bank.

“Tahu atau tidak, apabila saya sudah besar, baru saya tahu nama Jalan Maarof (di Bangsar) itu diberikan sempena nama ayah saya… sebelum itu saya langsung tidak tahu mengenainya,” kata Allahyarham.

Menurut beliau, selepas diceritakan semula mengenai kematian arwah ayahnya itu, Mustapha mengakui beliau benar-benar sedih apatah lagi pembunuhan itu berlaku.

Pengasas Bank Melayu Pertama Kelahiran Negeri Sembilan, Diculik dan Dibunuh Dengan Kejam

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguam itu berusaha membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata, “Jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya, ketika itu. Ketika itu, orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu. Justeru, ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu”.

Rujukan

  • Berita Harian

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here