Kompleks Pemasaran Ikan Pertama Di Pantai Timur

Pada tarikh 1 Mac 1974, Kompleks Pemasaran Ikan yang pertama di pantai timur telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Haji Ghazali Jawi.

Kompleks Pemasaran Ikan pertama di pantai timur ini terletak di negeri Terengganu dan ia telah dibina dengan kos sebanyak RM1.3 juta.

Lembaga Kemajuan Ikan (MAJUIKAN) telah bekerjasama dengan Syarikat Pemasaran Ikan Malaysia Berhad untuk memperluaskan lagi saluran pemasaran ikan di seluruh negara.

Syarikat ini telah menjalankan perniagaan ikan di kompleks-kompleks Kuala Terengganu, Pulau Langkawi dan juga di ibu negeri Malaysia iaitu di bandaraya Kuala Lumpur.

Kompleks Pemasaran Ikan Pertama Di Pantai Timur

Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Haji Ghazali Jawi

Menurut Menteri Pertanian dan Perikanan pada waktu itu, Tan Sri Haji Ghazali Jawi berkata dengan adanya satu lagi saluran pemasaran ikan ini, nelayan-nelayan di pantai timur akan menerima harga yang berpatutan untuk hasil tangkapan mereka.

Usaha ini juga bertujuan untuk menentukan supaya para nelayan mengamalkan cara-cara pemasaran ikan yang betul dan teratur. Hal ini secara tidak langsung membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga nasib nelayan.

Usaha kerajaan untuk membina lebih banyak lagi kompleks pemasaran ikan di seluruh negara merupakan satu langkah positif dalam membela nasib nelayan-nelayan yang ada di seluruh negara.

Ini adalah berikutan dengan perusahaan perikanan adalah merupakan salah satu bidang ekonomi negara yang amat penting dan dalam masa yang sama dapat menambah peluang pekerjaan serta bekalan makanan.

Rujukan:

  • Utusan Malaysia, 2 Mac 1974, hal. 5
  • Berita Harian, 2 Mac 1974, hal. 10

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here