Makam Tok Pasai Di Kuala Kedah

Tok Pasai adalah seorang individu yang punyai tubuh badan yang tegap, berakhlak mulia dan dihormati oleh penduduk setempat. Tok Pasai ini dikatakan berasal dari Pasai, Indonesia dan telah berhijrah ke negeri Kedah.

Di tempat asalnya, Tok Pasai dikenali sebagai seorang pejuang agama yang punyai ilmu pengetahuan yang cukup tinggi. Oleh yang demikian, Tok Pasai sering menjadi buruan pihak Belanda atas faktor ingin menghapuskan mereka yang dikatakan merusuh.

Disebabkan hal ini, Tok Pasai terpaksa berhijrah dari tempat asal beliau sehinggalah ke Kuala Kedah, Kedah. Makam Tok Pasai terletak di Kuala Kedah kini masih menjadi satu misteri kepada mereka yang punyai rasa cinta terhadap sejarah tempatan tanah air dan makam tersebut telah dikategorikan sebagai makam purba seperti makam Sultan Muhiyuddin Mansur Shah di Pulau Langkawi Kedah.

jambatan tok pasai

Jambatan Tok Pasai di Kuala Kedah

Cerita mengenai Tok Pasal ini asalnya telah dimulakan dengan kisah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah yang pernah memerintah di Toung Oo, Burma. Di Burma, baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud raja dari berlainan darah.

Setelah beberapa lama ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah mangkat pada tahun 1758 dan selepas itu kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai.

Disebabkan dipimpin oleh seorang raja muda yang tidak punyai pengalaman, akhirnya kerajaan Toung Oo telah tewas dan baginda bersama para pengikutnya kembali ke Ayuthai, Siam.

Dalam tahun 1765, Khalifah Sharif mengambil alih tampuk pemerintahan ayuthai dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V yang menggantikan Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani.

tok

Dalam hikayat Patani ada mengatakan bahawa hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah telah berkata “Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija bermaksud maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua”.

Sembah semua menteri “Daulat Tuanku, sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh”. Maksud Chau Pija dan Duli Syah Alam ialah Sultan Mahmud Syah yang merupakan adik ipar Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adinda Sultan Muzaffar. Manakala Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat.

Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Anakanda Sultan Idris dan permaisurinya iaitu Raden Megat Tam Tunggal telah dibunuh dalam tahun perang musuh bisik 1821 dan makamnya dipercayai berada di Tanjong Inggeris, Langgar.

sejarahnya

Tok Pasai dikatakan pernah datang menghadiri majlis perkahwinan Diraja di Kota Kuala Kedah sewaktu perang musuh bisik dan dikatakan mereka telah mati syahid di lautan Kuala Kedah.

Kapal yang dinaiki Tok Pasai telah tenggelam apabila dibedil dengan meriam di Kuala Kedah. Jasad Tok Pasai khabatnya telah timbul semula dan mayatnya telah dikebumikan oleh pengikutnya yang ada di Kuala Kedah.

makam

Makam inilah yang mana dikenali sebagai Makam Tok Pasai dan dahulunya, disekeliling makam ini terdapat beberapa buah kubur para pengikut yang mati syahid namun telah dimusnahkan kerana mahu menghapuskan bukti-bukti mengenai Tok Pasai.

Namun, usaha mereka untuk mengubah Makam Tok Pasai menemui jalan buntu dan keadaan ini membuatkan makam ini telah menjadi khazanah peninggalan yang bermakna untuk kita pada hari ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

58 − = 54