MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang pertama ditubuhkan dalam negara Malaysia adalah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Seremban, Negeri Sembilan yang telah dibuka dalam tahun 1972.

Pembukaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Seremban ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu iaitu Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975.

Tujuan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah sebagai perintis untuk membuka peluang pendidikan sains, teknologi dan matematik kepada pelajar bumiputera di dalam negara.

MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia

Oleh itu, seramai 150 orang pelajar terawal sebagai perintis bumiputera yang terdiri daripada lelaki sahaja telah menjadi kumpulan pertama yang diterima untuk belajar di maktab ini.

MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Seremban telah berhenti menerima kemasukan pelajar dalam tahun 1986 kerana dalam proses penukaran kepada Kolej MARA Seremban.

MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia

Dalam bulan Februari 1994, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Seremban secara rasminya telah dinaik taraf kepada Kolej MARA Seremban. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 21 buah MRSM dan 4 Kolej MARA di seluruh negara.

MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia MRSM Seremban Yang Pertama Di Malaysia

Antara nama-nama besar yang lahir dari kolej ini adalah seperti Dato’ Sri Shazalli Ramly (Pengarah Urusan Celcom M’sia Berhad) dan Dato’ Seri Abdul Wahid Omar (Pengarah Urusan Maybank Berhad).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

5 + 3 =