Nostalgia Johore Safari World

Johore Safari World terletak lebih kurang 10 kilometer dari Simpang Renggam, Johor dan ia telah dibuka dalam tahun 1982. Pada waktu itu, ia dikatakan sebagai taman safari pertama dan paling besar di Malaysia.

Taman safari ini telah dibina diatas kawasan tanah lapang seluas 32 hektar milik kerajaan negeri Johor dan ia telah diusahakan oleh Syarikat Chipperfield’s Circus.

Syarikat Chipperfield’s Circus adalah merupakan sebuah syarikat anatarabangsa yang terlibat dalam mengendalikan berberapa buah taman safari yang ada di seluruh dunia.

Nostalgia Johore Safari World

Antara pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan oleh mereka yang pernah datang ke Johore Safari World dahulu adalah melihat haiwan yang dibiarkan bebas berkeliaran sambil menaiki kenderaan yang disediakan.

Nostalgia Johore Safari World

Antara lain yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung yang pernah hadir ke Johore Safari World ini juga adalah permainan roller coaster. Sebagai maklumat tambahan, roller coaster yang ada di Johore Safari World ini adalah roller coaster pertama di Malaysia.

Nostalgia Johore Safari World

Malangnya setelah Johore Safari World beroperasi selama dua tahun sejak tahun 1982, dalam tahun 1984 Johore Safari World terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian dalam menanggung kos penjagaan haiwan yang tinggi.

Nostalgia Johore Safari World

Untuk menyelamatkan syarikat ini dari terus menanggung kerugian yang besar, sebahagian daripada haiwan yang ada di sana telah dijual kepada pihak zoo yang ada di dalam Malaysia.

Rujukan:

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here