Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Tun Omar Ong Yoke Lin adalah merupakan seorang ahli politik dari parti Malaysian Chinese Association (MCA) dan beliau adalah rakyat Malaysia yang berketurunan cina dan telah memeluk agama Islam.

Tokoh hebat ini adalah merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan dan beliau juga adalah anggota terakhir yang berada dalam kabinet Malaysia pertama sewaktu pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Individu yang bernama Tun Omar Ong Yoke Lin ini dilahirkan di Kuala Lumpur pada tarikh 23 Julai 1917. Beliau telah menerima pendidikan awal di Victoria Institution bersama-sama dengan Yahya Razak.

Beliau telah lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London dalam tahun 1934 dan apa yang menariknya, Tun Omar Ong Yoke Lin telah memeluk agama Islam dalam tahun 1961 selepas beberapa tahun negara mencapai kemerdekaan.

Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Omar Ong Yoke Lin adalah merupakan salah seorang daripada pengasas Malaysian Chinese Association (MCA). Dalam tahun 1952, beliau bersama-sama dengan Datuk Yahya Razak dari UMNO telah merintis pembentukan Perikatan MCA-UMNO untuk bertanding dalam pilihan raya.

Seterusnya hasil daripada pembentukan tersebut, maka lahirlah gabungan parti pelbagai kaum dan ia adalah merupakan pelopor kepada Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah kerajaan Malaysia.

Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam bukunya bertajuk Looking Back (1975) ada menceritakan tentang asas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur dalam tahun 1952 sewaktu negara masih di bawah pemerintahan British.

Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Apa yang diceritakan, 9 dari 12 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya pada waktu itu telah dimenangi dan kemudian Malaysian Indian Congress (MIC) turut serta dalam gabungan tersebut.

Omar Ong Yoke Lin pernah dilantik menjadi Ketua MCA di Selangor dan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden MCA dan anggota ahli Parlimen buat kawasan Hulu Selangor.

Beliau bersama-sama dengan empat anggota parti Perikatan telah menggubal Perlembagaan Malaya (Tanah Melayu) sewaktu berada di London dalam bulan April 1957 sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.

Dalam tahun 1961, Omar Ong Yoke Lin telah mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak untuk membincangkan tentang pembentukan Malaysia dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London dalam bulan September 1963.

Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Omar Ong Yoke Lin adalah salah seorang ahli Kabinet Malaysia yang pertama dengan menjawat jawatan sebagai Menteri Pos dan Telekom. Kabinet pimpinan Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 10 menteri kabinet dalam tahun 1955.

Dalam bulan Mei 1962, Omar Ong Yoke Lin pernah pergi ke Amerika Syarikat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu selama 10 tahun. Beliau menjadi presiden Dewan Negara sejak dari tahun 1973 hingga tahun 1980 dan kemudian beliau telah bersara dari politik.

Setelah bersara dari dunia politik, Omar Ong Yoke Lin telah dilantik menjadi Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.

Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Beliau juga turut dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Omar Ong Yoke Lin turut dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun dalam tahun 1979. Pada tarikh 1 Julai 2010, Omar Ong Yoke Lin telah meninggal dunia pada ketika usia 92 tahun kerana sakit tua.

Omar Ong Yoke Lin, Pejuang Kemerdekaan Yang Memeluk Agama Islam

Jenazah Omar Ong Yoke Lin telah dikebumikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara. Al-Fateha buat tokoh hebat negara yang terus menerus berjuang untuk negara demi kita generasi baru sebagai legasi negara pada hari ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

26 − = 25