Orang Asal Pertama Jadi Ahli Parlimen

Calon dari Barisan Nasional iaitu Ramli Mohd Nor telah mencipta sejarah dalam negara Malaysia sebagai orang asal pertama yang pernah menjadi Ahli Parlimen di Malaysia.

Asisten Komisioner Polis Bersara (ACP Bersara) Ramli Mohd Nor telah dilahirkan pada 1 Oktober 1958 di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor.

Bapa kepada Ramli Mohd Nor adalah berketurunan orang asal di semenanjung Malaysia dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang. Ibu beliau pula adalah suku kaum Termiar dari Gua Musang, Kelantan.

Ramli Mohd Nor merupakan Pegawai Kanan Polis berketurunan orang asal Semenanjung yang menyandang pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia buat ketika ini.

Orang Asal Pertama Jadi Ahli Parlimen

Beliau telah bersara wajib daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia pada tarikh 1 Oktober 2018. Atas mengenang jasa-jasa beliau kepada bangsa, Negara dan agama semasa berkhidmat dalam PDRM, DYMM Sultan Pahang telah menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada beliau yang membawa gelaran Dato selepas beliau bersara.

Orang Asal Pertama Jadi Ahli Parlimen

Dari sudut aktiviti kemasyarakatan, beliau merupakan seorang penggerak dakwah Islamiah di kalangan masyarat orang asal Cameron Highlands dan beliau sendiri telah membawa lebih 20 orang asal untuk memeluk agama Islam.

Berikutan kemenangan Ramli Mohd Nor pada tarikh 26 Januari 2019 untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, beliau telah mencipta sejarah negara sebagai orang asal pertama yang pernah menjadi Ahli Parlimen di Malaysia.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

96 − 89 =